Memperkasakan Penyertaan Wanita
Aku Janji Kerajaan Persekutuan 2013 -2018 terus ditepati oleh kerajaan melalui usaha pembangunan dan inisiatif pelbagai kemudahan buat rakyat Malaysia.
Antaranya, melalui pemerkasaan penyertaan wanita. Menerusi program Inkubator Kemahiran (i-KIT) dan Program Keusahawanan Wanita (I-Keunita) misalnya, ia memberi latihan dalam aspek kemahiran dan keusahawanan kepada wanita dan sehingga kini 9,979 wanita telah menerima latihan dan 1,582 peserta berjaya meningkatkan 50% pendapatan mereka.
Selain itu, menerusi Program MamaCare pula ia melatih wanita warga emas dan ibu tunggal terutamanya daripada kumpulan Low Income Household (LIH) menjana pendapatan keluarga melalui Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin secara tradisional dan moden dan mulai Januari 2013 hingga Mei 2017, pendapatan keseluruhan menerusi program ini ialah RM13.9 juta
No comments:
Post a Comment