Buat laporan polis, sudah. Fail saman sivil, sudah. Kutuk kredibiliti ahli suruhanjaya siasatan diRaja (RCI), sudah. Kutuk saksi-saksi RCI Forex, pun sudah. Inilah langkah-langkah permulaan Tun M untuk "melawan" laporan RCI Forex.
Jelas dia sangat marah dengan keputusan RCI Forex yang antara lain mengesyorkan dia disiasat atas kerugian urus niaga mata wang asing RM31.5 billion (sekarang bernilai RM100 bilion). Dia akan membuat apa sahaja untuk membersihkan reputasinya yang tercalar oleh laporan RCI Forex.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak berkata Tun M tidak sepatutnya marah ahli RCI ataupun saksi tetapi dia sepatutnya marahkah Lim Kit Siang yang memulakan desakan agar kerugian yang berlaku pada 1990an disiasat.
Tapi sememangnya Tun M sudah tidak boleh marahkan Kit Siang yang sekarang menjadi rakannya dalam Pakatan dan mereka saling memerlukan untuk mengalahkan BN pada PRU14 nanti.
Mereka sebenarnya bukan mahu mencari kebenaran atau keadilan. Mereka hanya mahukan laba politik.
#TolakPakatanPRU14
Banyak perkara yg Chedet lakukan.
ReplyDeleteAntara yg besar mengambil balik Guthrie n Sime Darby dari pasaran London. Kenapa dilakukan, adakah juge utk lab politik?