Projek mega di Pantai Timur iaitu Laluan Rel Pantai Timur atau bahasa Inggerisnya East Coast Rail Link (ECRL) menggunakan slogan MENYATU KEHIDUPAN, MEMACU PERTUMBUHAN.
Jelas, tujuannya selari dengan slogannya, menyatu kehidupan antara bandar besar (KL) dengan negeri-negeri di Pantai Timur. Memacu pertumbuhan khususnya ekonomi di Pantai Timur.
Bayangkan bila projek ini siap, begitu banyak manfaat yang akan diperolehi masyarakat di Pantai Timur khususnya, rakyat Malaysia amnya.
Untuk makluman, projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia membina sebuah laluan keretapi baharu yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang.
Projek ini juga merupakan sebahagian daripada pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk memacu pembangunan yang setara antara Pantai Barat dan Pantai Timur Malaysia.
Ketika ini pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan lain-lain agensi terlibat sedang giat menganjurkan Pemeriksaan Awam bagi Fasa Kedua perlaksanaan projek ECRL bermula 4 Dis 2017 - 5 Mac 2018.
Orang ramai dijemput untuk menyuarakan pandangan atau memberikan apa saja idea yang berpatutan demi menjayakan hasrat kerajaan demi manfaat rakyat secara keseluruhannya.
Jangan jadi seperti segelintir pihak yang berkepentingan, menjadikan projek ini sebagai kempen politik meraih sokongan.
Seperti tindakan bekas Menteri Kewangan yang kini sekapal dengan pembangkang, Daim Zainuddin yang menggelirukan rakyat apabila mendakwa ECRL tidak membawa keuntungan sebaliknya menyusahkan negara kerana perlu membuat pinjaman.
Memetik artikel dalam aplikasi Malaysia 4 All bertajuk : 'ECRL pelaburan negara untuk masa depan'
PM Najib Razak tidak pernah berselindung, dari awal memaklumkan Malaysia mendapat syarat pembiayaan menarik dengan 85 % dibiayai pinjaman mudah 3.25 % daripada China Exim Bank, dengan tempoh moratorium 7 tahun sementara 15 % lagi dibiayai program sukuk yang diuruskan bank-bank pelaburan tempatan.
Namun begitu, Najib menetapkan syarat sekurang-kurangnya 30 % kontraktor Malaysia terlibat ECRL dan pelajar Malaysia yang mengikuti latihan industri ECRL diambil bekerja.
ECRL akan mengimbangi pembangunan ekonomi pantai barat dan timur kerana merangsang pelaburan, menggalakkan kegiatan komersial, mewujudkan pekerjaan, pendidikan berkualiti dan merancakkan industri pelancongan di pantai timur.
Pelabuhan Kuantan akan menjadi terminal laut dalam yang mampu menampung kapal lebih besar sehingga 200,000 tan berat muatan atau kapal yang boleh membawa 18,000 unit dua puluh kaki kontena.
Sama seperti Tun M, Daim juga terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Najib semata-mata mahu menjaga kepentingannya melebihi kepentingan negara dan rakyat.
#TolakPakatanPRU14 #KekalBN
Dapatkan perkembangan terkini mengenai ECRL di http://www.mrl.com.my/
No comments:
Post a Comment