AdSense

Monday, December 18, 2017

HARAKAH : Islam atau Kafir?


Dah lebih 1 minggu, mana laporan khalwat orang UMNO?

Hari ini sudah 9 hari, berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 yang berlangsung di PWTC.


Sedia maklum, PAU2017 bermula pada 5hb Disember 2017 hingga 9 Disember 2017.

Dalam keghairahan para perwakilan dan ahli-ahli UMNO berkampung di PWTC, tersembul satu artikel yang berkaitan khalwat dalam kalangan orang UMNO.

Lidah rasmi PAS, Harakah Daily menyiarkan kenyataan bekas ketua Puteri Umno Klang Wan Ashima Kamaruddin yang kini totok PAS.

Pemerhati politik melihat ia sebagai cubaan pembangkang untuk 'mengacau' perhimpunan terbesar orang Melayu.

Itu satu perkara.

Perkara kedua yang wajar kita persoalkan ialah mengenai Harakah.

Jika benar mereka memperjuangkan Islam, kenapa menyiarkan satu kenyataan yang bersandarkan kepada 'dengar-dengar cakap' sehingga mengundang persepsi negatif dan fitnah?

Bukankah perbuatan fitnah itu ditegah dalam Islam?

"Operasi cegah khalwat PAU" tajuk tulisan Khairul Azlam Mohamad dan disiarkan di Harakah Daily pada 4 Disember 2017.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa"

Setelah menyedari kesilapan, pihak editorial Harakah Daily segera memadam artikel tersebut.

Timbalan Ketua Pengarang Harakahdaily Azmi Yusof memberitahu berita itu ditarik balik kerana dakwaan tersebut datangnya dari Wan Ashima, bukannya PAS.

Azmi juga berkata pihaknya terlepas pandang secara teknikal dalam pemilihan berita menyebabkan ia perlu ditarik balik.

Sebegitu mudah? Adakah Harakah Daily ada membuat kenyataan mohon maaf?

Bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, tindakan Harakah Daily sebagai penyiar sebagai tindakan golongan yang 'busuk hati'.

Siar dan padam hanya memalukan diri mereka sendiri saja.

Katanya, rakyat hari ini bijak menilai sesuatu berita. Manakala sebagai pengamal media, perlukan memberikan berita yang berkualiti buat pembaca.

“Boleh ke kita nak pakai Harakah, negara kita kalau ikut cara PAS, Harakah apa nak jadi.

“Adakah kita nak ikut cara Harakah, prinsip asas agama dia tak boleh ikut, dalam agama orang tak buat fitnah, tak buat tuduhan kalau tak ada asas."

Demikian kenyataan Annuar bertarikh 6 Disember 2017.

Justeru itu, sedarlah kita bahawa PAS bukanlah ajaran Islam sebaliknya sekadar sebuah parti politik.

Hendak masuk syurga, kita perlulah bertaqwa kepada Allah dan mengikut ajaran Islam sebenar. Bukannya masuk PAS dan menganggap sudah suci daripada dosa dan masuk syurga tanpa hisab.

No comments:

Post a Comment