AdSense

Friday, December 15, 2017

Annuar Musa tak didakwa, pembangkang terus jadi zombi!


Penulis masih ingat, semasa isu mengenai MARA baru mula meletup dulu... kumpulan pembangkang meraikannya dengan penuh gembira dan teruja.

Ketepikan dulu soal pemilihan kerusi panas organisasi bolasepak negara mahupun negeri. Ia bermula sebelumnya lagi. Andai ada yang beranggapan ini adalah konflik antara istana dengan pemimpin politik, usahawan dengan pemimpin politik, ternyata ia tanggapan tidak tepat.


Timbulnya isu dalam organisasi Melayu MARA ini telah membuatkan kumpulan pembangkang rasa tidak sabar hendak menumbangkan pemimpin UMNO yang berkaliber, pemimpin yang bukan sahaja bersuara garau tetapi hebat ketika berbicara. Bagi saja mikrofon, lelaki ini pasti memukau penonton dengan hujah bersama fakta kukuh.


Beliau yang dimaksudkan ialah Tan Sri Annuar Musa. Ketua Penerangan UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan.

Penulis secara peribadi bukanlah hendak meneliti isu ini dari sudut 'game politik'. Sebaliknya melihat secara holistik - menyeluruh.

Sejak awal isu ini timbul, dikatakan berlakunya penyelewengan berhubung penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Lensa kamera tidak mampu untuk menipu apabila merakamkan wajah tenang Annuar Musa ketika berdepan media. Malah beliau juga berlapang dada dengan mengeluarkan kenyataan seorang yang profesional dan matang. Annuar bukan saja memberikan kerjasama penuh kepada juruaudit dalaman MARA tetapi juga pihak SPRM.

Penulis difahamkan Annuar langsung tidak memasuki pejabatnya sejak digantung jawatan sebagai Pengerusi MARA. Biliknya juga berkunci! Ini menunjukkan betapa beliau tenang dan matang dalam menempuhi dugaan.

Wajah dan kelakuannya sudah cukup menunjukkan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa perbuatan salah. Walaupun bersongkok, tidak berkopiah atau berserban, Annuar antara pemimpin UMNO yang suka memetik ayat-ayat suci Al-Quran ketika berucap.

Suara Lensa pernah menyiarkan satu artikel bertajuk : Fakta yang cuba dipadam : Isu TRW, MARA dan UniKL 


Qada' dan Qadar. Segalanya atas ketentuan Allah.

Pada 12 Disember 2017, berita melaporkan pihak pendakwa raya telah memutuskan untuk tidak mendakwa Annuar (bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat) berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihak pendakwa raya telah meneliti kertas siasatan isu terbabit.

“Setelah diteliti, diputuskan oleh pendakwaraya untuk tidak mendakwa beliau (Annuar). Ini kerana keterangan-keterangan yang diambil serta bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwanya,” katanya.


Dengan pantas, blogger pembangkang mengolah tulisan berbaur persepsi... Seolah-olah tiada ketelusan dalam sistem perundangan negara. Biasalah, bila ada saja kes yang tidak mengikut citarasa mereka, maka dituduhkan dengan pelbagai tohmahan.

Skrip sama saja mereka gunakan ketika kes Bapa Demonstrasi Jalanan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bila mahkamah memutuskan tidak bersalah, 'dijilatnya' mahkamah dengan mengatakan ia badan perundangan paling telus di dunia. Bila mahkamah memutuskan bersalah, mahkamah 'diludahnya' dengan mengatakan tidak telus, bias, hakim UMNO Barisan Nasional dan macam-macam lagi.

This is Pakatan Pro DAP.

Namun sebagai masyarakat yang waras, pasti tidak terpengaruh dengan penyebaran persepsi sedemikian. Masyarakat kita hari ini lebih bijak apabila lebih mempercayai fakta dan realiti. Bukannya persepsi dan fitnah.

Nampaknya, mereka sekali lagi gagal untuk menumbangkan seorang pemimpin utama dalam UMNO. Sebaliknya, pemimpin mereka pula yang terpalit dengan pelbagai isu terutamanya berkaitan intergriti, seorang demi seorang...

#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14

1 comment:

  1. X cukup bukti bukan bermaksud x bersalah..kita ada satu lagi mahkamah nanti..we 're done here..may Allah bless you all

    ReplyDelete