AdSense

Sunday, July 30, 2017

Teruknya DAP! Memang patut ditolak.


Masyarakat diseru supaya tidak lagi terpedaya dengan parti DAP. Cukup-cukuplah, sudah dua penggal PRU12 dan PRU13 DAP diberi peluang memerintah Pulau Pinang namun masih gagal membela nasib rakyat secara holistik.

Hanya 'segelintir rakyat' saja yang dibela, rakyat marhaen terus diabai dan ditindas regim DAP yang dikepalai dinasti Lim.


Rakyat khususnya masyarakat Cina harus berpatah balik memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), jika mahu terus dibela. Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bandar Hilir Melaka semalam.

Betul apa kata Zahid. Jika pembaca perhatikan Pulau Pinang, apa kejayaan yang boleh dibanggakan? Tiada... Sudah dua penggal perintah, takkan tak ada kejayaan yang boleh dibanggakan?

DAP hanya pandai mencanang janji manis, hakikatnya apa jadi pada projek terowong laut misalnya? Baru kertas kerja tapi sudah telan duit rakyat? Sudahlah kekayaan Pulau Pinang sebelum ini adalah hasil penat lelah pemimpin Barisan Nasional sebelum ini...

Poster ihsan WakeUp Malaya

Pagi tadi di Kuala Lumpur, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai ada memberitahu tentang perbezaan BN dengan Pakatan Harapan.

Apa yang puak pakatan lakukan untuk pengundi mereka? Tiada apa yang boleh dibanggakan. Pakatan hanya hero penabur janji sebaliknya BN menunaikan janji mereka seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

Kerajaan BN telah memberikan pelbagai kemudahan dan manfaat kepada rakyat. Misalnya projek MRT laluan Sungai Buloh - Kajang. Tiada siapa yang percaya bahawa kerajaan mampu melaksanakannya dan dapat dilancarkan mengikut jadual. Sudahlah berjaya disiapkan cepat, kosnya pula dapat jimat RM2bilion daripada bajet anggaran. Inilah BN, kerajaan yang menunaikan janjinya. Demikian kata Liow yang juga merupakan Ahli Parlimen Bentong.

Sementara di Pulau Pinang.... Kononnya mengamalkan pentadbiran CAT - Cekap, Akauntabiliti, Telus. Tetapi di mana integritinya pemimpin mereka jika terbabit dengan kes mahkamah berhubung salahguna kuasa dan rasuah?

Belum lagi sentuh soal pemilihan parti CEC (pilih 20 pemimpin tertinggi) yang masih tidak selesai. Pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudahpun mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula.

Untuk makluman, kenyataan ini dikeluarkan pada 7 Julai lalu. ROS kekal dengan pendirian bahawa pemilihan CEC DAP pada 29 September 2013 sebagai tidak sah.

Ada yang menganggap arahan ROS ini sebagai isu politik. Namun pembaca dan masyarakat perlu sedar perkara sebenar. Isu CEC ini dipertikaikan oleh ahli DAP sendiri!

Ahli yang layak mengundi bagi memilih pemimpin sendiri dinafikan hak mereka! Manakala kewujudan 'undi hantu' turut menjadi tanda tanya. Pembaca boleh memahami isu dengan membuat carian di internet atau video. Cari saja nama Tan Tuan Tat, David Dass, Tunku Aziz... Mereka antara individu yang banyak mempersoalkan isu CEC DAP ini.

"Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak JPPM menganggap bahawa Parti DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini pihak JPPM tidak berniat sama sekali untuk membatalkan Parti DAP. 

"Bersabit dengan aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013, pihak JPPM berpendirian bahawa pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula ini, adalah tidak sah dari segi undang-undang. 

"Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan." - Dato' Mohammad Razin Abdullah, Pendaftar Pertubuhan Malaysia, 7 Julai 2017.

Oleh itu, apa yang diseru Zahid pada awal artikel ini tepat sekali. Cukup-cukuplah rakyat ditipu, diperdaya pemimpin DAP. Masyarakat Cina perlu kembali memberi sokongan kepada BN khususnya MCA yang mewakili mereka sedari dulu.

Hanya MCA yang mampu membela nasib kaum Cina, bukannya DAP yang hanya mementingkan dinasti keluarga Lim.

Ingatlah, jika DAP boleh memperbodohkan ahli sendiri dalam pemilihan CEC, apalah sangat kalian rakyat marhaen yang mengundi mereka.

No comments:

Post a Comment