Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai status India Bumiputera disalahtafsir segelintiri pihak terutamanya portal dan blogger pro pembangkang.
Rata-rata tulisan pro pembangkang ini cuba melaga-lagakan Liow dengan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagi yang tidak membuat 'homework' tentang isu ini mungkin mudah terpedaya. Di sini, Suara Lensa akan menjelaskan situasi sebenar.
Pembangkang memetik kenyataan Najib bertarikh 18 Julai yang ada menyentuh tentang status masyarakat India Muslim. Kenyataan ini dinyatakan Najib dalam satu ucapan ketika menghadiri jamuan Aidilfitri di Seri Kembangan.
Sudah tentu kenyataan ini mengundang rasa tidak senang puak pembangkang setelah menyedari kekuatan Najib dan Barisan Nasional (BN) kelihatan bertambah kukuh.
Justeru itu, para editor dan pakar propaganda pro pembangkang segera bersidang. Memikirkan bagaimana cara untuk memberikan persepsi jahat terhadap Najib dan BN. Penulis yakin, ada beberapa pemimpin BN telah disenaraikan untuk 'dijolok' (istilah temubual bagi wartawan).
Antaranya, seperti sedia maklum, Presiden MCA iaitu Liow. Kumpulan penulis pro pembangkang menerusi wartawan mereka menemui Liow dan bertanyakan soalan berhubung status India Muslim Bumiputera.
Seperti yang dijangka, kenyataan Liow itu diputarbelit oleh kumpulan anti Najib dan anti kerajaan. Kononnya Liow 'menyerang' Perdana Menteri.
Hakikat menyedari, kenyataan Liow itu sebenarnya sudah cukup jelas. Beliau yang mengepalai MCA dalam mewakili masyarakat Cina pastinya tidak akan mengeluarkan kenyataan 'backfire' terhadap dirinya apatah lagi kepada parti sendiri termasuk BN.
Jika India Muslim mahukan status bumiputera, Cina Muslim juga mahukan perkara sama. Apakah jika anda Muslim maka secara automatik dikategorikan sebagai Bumiputera? Bagaimana dengan pak Arab, pekerja Bangladesh, pelarian Rohingya, Syria dan lain-lain - Adakah mereka Bumiputera di Malaysia?
Pokok pangkalnya, isu ini tidak dibawa atau dibincangkan dalam kabinet. Hanya permohonan daripada persatuan India Muslim ketika majlis di Seri Kembangan pada hari tersebut.
Betullah kata Liow, kita menghampiri bulan kemerdekaan tidak lama lagi. Bulan dimana masyarakat dekat dengan semangat bersatu padu antara satu sama lain. Seiring dengan tema sambutan pada tahun ini - Negaraku Sehati Sejiwa.
Sementara Najib ketika berucap pada hari itu pun sudah jelas mengatakan,
“Soal bagaimana dilaksanakan, kita akan kaji lagi sama ada pentadbiran atau pewartaan.”
Sedihnya, ia tidak di 'highlight' oleh penulis pro pembangkang.
Sebelum Suara Lensa mengakhiri tulisan ini, diharapkan pembaca sedar bahawa pakatan pembangkang cukup gemar memainkan sentimen perkauman seperti ini. Jika tidak berwaspada,
ahli-ahli dalam kalangan parti komponen BN pasti membuang masa bertelagah sesama sendiri. Situasi inilah yang sangat diharapkan oleh pembangkang.
http://gayapeneroka.blogspot.com.eg/2017/07/kenyataan-balas-tn-zainuddin-zainal.html
ReplyDelete