AdSense

Friday, July 28, 2017

PH - Badut boleh, kuda pun boleh


Kalau ada yang menganggap Mahathir bersama Pakatan Harapan (PH) kerana mahu membela Anwar, anda silap.

Kalau ada yang fikir Mahathir bersama PH bertujuan membela DAP, anda sekali lagi silap.


"Dr Mahathir bersama PH kerana ada sebab tersendiri."

Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Agak-agaknya, apakah sebab tersebut?


Jelas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, tindakan Mahathir yang buat pusingan U adalah kerana kepentingan peribadi.

Masing-masing di dalam PH sebenarnya sedang mempergunakan antara satu sama lain. Mereka tiada kerja lain, mereka hanya mementingkan kuasa dan nafsu sendiri.

Inilah yang membezakan PH dengan Barisan Nasional (BN). BN hanya sibuk dengan usaha membela nasib rakyat. Ada saja projek dijalankan untuk rakyat. Bukan seperti PH yang asyik bermain politik tanpa berkesudahan.

Rakyat perlu sedar, pemimpin PH hanya mempergunakan antara satu sama lain. Bila sudah dapat kuasa, masing-masing akan menikam sesama sendiri. Mereka akan 'berbunuhan' sesama sendiri.

Lihat saja apa yang sedang berlaku hari ini, di Pulau Pinang misalnya. Ketua Menterinya Lim Guan Eng yang juga anak kepada big bos DAP (Lim Kit Siang) tanpa sengaja telah mendedahkan siapa sebenarnya mereka.

Struktur baharu kerajaan negeri jajahan DAP sengaja mengenepikan isteri Anwar iaitu Wan Azizah. Sedangkan Wan Azizah merupakan Presiden PH dan Ahli Parlimen Permatang Pauh!

Jika pembaca masih ingat, semasa DAP mula menjalinkan kerjasama dengan PKR dulu, masing-masing dilihat kononnya 'bloodbrother'. Setidak-tidaknya letaklah Wan Azizah sebagai penasihat di negerinya sendiri.

Kalau letak nama Anwar pun apa salahnya. Jika dalam carta organisasi PH Anwar boleh saja diletakkan sebagai Ketua Umum? Jelas di sini Anwar dan PKR tidak diperlukan DAP. Mereka hanya bloodbrother semasa berkempen meraih undi. Bila berkuasa, pencacai seperti pemimpin PKR akan dicampak sesuka hati, tidak ubah seperti sampah. Sedikit masa lagi, PPBM dan PAN pula akan menjadi sampah.

Mahathir yang mewakili PPBM lupa. Beliau fikir beliau masih kuat seperti dulu dan cuba mempergunakan DAP bagi mengangkat anaknya Mukhriz sebagai pemimpin tertinggi. Mahathir lupa bahawa PH hari ini diketuai DAP dan parti dinasti ini juga mempergunakan Mahathir bagi meraih sokongan Melayu.

Inilah yang dimaksudkan, masing-masing di dalam PH hanya mempergunakan antara satu sama lain. Justeru itu, rakyat perlu sedar keadaan ini. Jangan sesekali terpedaya dengan muslihat pemimpin PH yang hanya mengejar kepentingan peribadi.

Pada akhirnya, tanggungjawab sebagai pemimpin akan diabaikan. Tidak hairanlah timbul kes rasuah membabitkan pemimpin mereka seperti Guan Eng, isu Forex dan banyak lagi. Semua ini akan menjadi masalah kepada rakyat!

Ingat hashtag ini :
#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment