AdSense

Thursday, July 27, 2017

Ikut peraturan, anda sedang dipantau CCTV


Isu keselamatan jalanraya ni dah jadi macam satu tajuk biasa. Orang ramai malas sangat ambil tahu. Tapi bila berlaku saja kes-kes kemalangan atau tragedi yang besar, cepat saja tuding jari pada pelbagai pihak. Itu salah, ini salah...


Namun tahu tak, isu keselamatan jalanraya ini tak pernah diabaikan oleh pihak penguasa seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Bukanlah seperti yang difikirkan sesetengah pihak, bila jadi tragedi baru nak terhegeh-hegeh nak cari langkah penyelesaian. Itu adalah tuduhan orang yang tidak membaca.

Inilah yang ramai tidak tahu, pihak SPAD sentiasa mencari kaedah terbaik dalam menangani isu keselamatan jalanraya. Lebih-lebih lagi melibatkan bas dan juga lori.

Untuk makluman, semalam, SPAD dalam satu kenyataanya mengatakan tentang kerjasama agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri itu dengan pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Sebenarnya, ia bukanlah perkara baharu kerana sememangnya pihak SPAD dan PLUS sudah bekerjasama sebelum ini. Namun ia akan dipertingkatkan lagi dengan lebih sistematik.

Kerjasama SPAD - PLUS ini bertujuan memastikan pengguna lebuhraya mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Menurut Pengurus Kanan Bahagian Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, kerjasama tersebut juga menjurus kepada pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) yang dimiliki PLUS.

Selepas ini, pergerakan pengguna lebuh raya akan dipantau secara serius oleh pihak SPAD terutamanya bas dan lori yang melakukan kesalahan sepanjang lebuhraya berkenaan.

Nah! Inilah usaha yang dijalankan oleh SPAD dan pihak lain seperti PLUS dalam menangani isu keselamatan pengguna. Kalau pembaca hendak tahu, pegawai-pegawai SPAD sentiasa bertungkus-lumus dan merancang pelbagai usaha dalam menangani isu keselamatan jalanraya / lebuhraya ini.

Tinggal lagi kita sebagai pemandu / pengguna, sama ada boleh mematuhi peraturan yang disediakan atau pun tidak. Ianya hanyalah peraturan jalanraya yang mudah untuk diikuti seperti memandu mengikut had laju, berehat jika penat, pastikan kenderaan selamat untuk dipandu dan lain-lain peraturan mudah.

Janganlah bila berlaku kemalanga atau tragedi, hendak salahkan orang lain pula.

No comments:

Post a Comment