Wednesday, July 26, 2017

Guan Eng DAP takut masalah Pulau Pinang kena bongkar


Kalau tidak salah, kenapa hendak berasa takut bukan... Kenapa perlu menggelabah?


Inilah yang berlaku terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila secara tiba-tiba melantun dengan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Untuk makluman, Liow sebelum ini meminta ahli-ahli MCA supaya terus membongkar isu melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP.

Iyalah, macam-macam masalah berlaku di Pulau Pinang. Tambahan pula Guan Eng sendiri sedang menghadapi kes rasuah membabitkan pembelian banglo. Manakala CEC DAP juga bermasalah apabila dipertikai ahli DAP sendiri.


Namun Guan Eng mengeluarkan kenyataan ego dan angkuhnya.

Kalau MCA cari pasal di kawasannya, 'rakyat' akan lawan balik dan Liow perlu bertanggungjawab jika sesuatu berlaku.

Apa maksudnya kenyataan sedemikian? Pemimpin ini macam cacing kepanasan saja. Kenapa menggelabah?

Kenyataan sedemikian juga mengundang persoalan, apakah ini demokrasi bagi pemimpin DAP? Kenapa perlu mengugut?

Anda fikirkan sendiri...

No comments:

Post a Comment