Mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang masih beranggapan bahawa parti MCA perlu keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) jika mahu memperjuangkan nasib masyarakat Cina.
Namun ia tidak mungkin berlaku kerana MCA dan BN masih berpegang kepada prinsip kesatuan atau semangat konsensus.
Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA akan terus melaksanakan peranan utama dalam BN untuk mempertahankan kepentingan kaum Cina di Malaysia.
"Gagasan 13 parti komponen ini berpegang kepada perkongsian kuasa dan membuat keputusan berdasarkan konsensus. Oleh itu, gesaan supaya keluar daripada BN adalah salah dan tidak bermoral, serta tidak menepati matlamat."
Demikian kata Liow dalam ucapan sambutan ulang tahun ke-68 MCA pada 5 Mac baru-baru ini di ibupejabat MCA di Kuala Lumpur.
Bertemakan 'Stronger Together', Liow mengharapkan kaum Cina melakukan perubahan minda secara menyeluruh. Tambah Liow yang juga Menteri Pengangkutan itu, mesej perpaduan yang disampaikan bukan hanya untuk ahli MCA semata-mata tetapi juga untuk kaum Cina secara keseluruhannya.
Dalam perkembangan sama, Liow turut meniup semangat buat barisan jentera MCA bagi berdepan pilihan raya akan datang (PRU14). Kepenggunaan media sosial juga diberikan penekanan oleh Liow yang sedar dengan perkembangan semasa. Katanya, media sosial perlu digunakan secara paling maksima bagi menarik pengundi supaya menyokong MCA dan BN.
Penulis percaya, sekiranya seluruh kaum Cina memberi sokongan dan kepercayaan penuh buat MCA dan BN maka sudah tentu segala agenda dan usaha membela nasib kaum itu lebih terbela.
Ia jauh berbeza dengan sebuah lagi parti yang didominasi oleh kaum Cina seperti DAP yang hanya memberi tempat kepada dinasti Lim atau digelar parti Kit Siang Sdn Bhd.
#SayaUndiBN
#BetterNation
No comments:
Post a Comment