Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong hanya minta kerajaan nyatakan sama ada titah adendum bagi PM ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak itu wujud atau tidak, itu saja.
Tapi mamat Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim dilihat panas punggung, menggeletik macam cacing kepanasan.
Dia cakap, “Terus menerus mendesak Perdana Menteri (Anwar) meskipun penjelasan panjang lebar telah dibuat,”
Titah Adendum: 'Kenapa Ka Siong bertindak lebih sudu daripada kuah?'
Hoi mat! Orang tak nak penjelasan panjang lebar. Bengong mu ni. Jawab ya atau tidak je. Wujud ke tak wujud titah adendum tu?
Apa yang susah sangat? Nak sorok sesuatu ke?
Celah mana subjudis nya? Sebab tu Ka Siong terangkan apa maksud subjudis. Kamil budak mentah berhingus kena dengar baik-baik video Ka Siong ni dan fahamkan apa itu subjudis. Bukan main sondol je...
Teruk Kamil kena balun dengan netizen. Adan uke!
Selain mat Kamil, geng DAP pun panas punggung dengan Ka Siong, sahabat sejati Najib Razak.
DAP persoal tindakan Ka Siong backup Najib.
Sekali Ka Siong balas, terus terkedu puak DAP, tak mampu nak jawab.
Dulu masa Anwar dapat pengampunan, puak DAP ni diam je?
Masa Anwar kena penjara, puak DAP ni la yang terpaling ke depan turun demonstrasi jalan raya.
Najib dan BN tumbang pada 2018, depa tak hasut pun rakyat turun jalan raya.
Najib kena penjara, turun naik mahkamah, tak heret pun rakyat tunjuk protes. Tapi Najib yakin dirinya tak bersalah dan berharap perbicaraan adil, sebab itu dia minta perbicaraan disiar secara langsung, tapi tidak dibenarkan. Malah, Najib nak tukar peguambela pun dinafikan hak. Apa cerita?
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kebenaran muncul.
Dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC), Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi pada 27 November 2024.
Hakim kata,
"Alasan ringkas saya yang pertama, pendakwaan tidak memenuhi sepenuhnya Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan yang kedua, perintah DNAA tidak memprejudiskan kes pendakwaan. Pendakwaan boleh menuduh kedua-dua tertuduh semula.
"Ketiga, kes ini didaftarkan pada tahun 2018 namun perbicaraan tidak dapat diteruskan walaupun tarikh perbicaraan telah ditetapkan beberapa kali kerana pendakwaan tidak memenuhi sepenuhnya peruntukan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.
"Ini merupakan suatu kelewatan melampau, maka permohonan Najib selaku tertuduh pertama dan Mohd Irwan tertuduh kedua dalam notis usul dibenarkan,"
Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Gila babi, kena dakwa tahun 2018 tapi setelah 6 tahun masih tak ada bukti?! Macam tu je Najib kena aniaya...?
No comments:
Post a Comment