Hari ini kebanyakan akhbar meletakkan isu berkaitan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di bahagian muka depan.
Hebat Tengku Zafrul, menjadi buah mulut...
Kalau betul, kenapa PKR nak sangat Tengku Zafrul ni?
Bagi SL satu je, mungkin sebab Anwar nak paparkan imej positif pada parti PKR.
Iyalah, imej PKR sekarang ni teruk sangat, busuk macam bangkai. Nak harapkan Rafizi sebagai pelapis ganti Anwar, memang tak boleh diharaplah. Makin jahanam PKR dibuatnya. Emosi memanjang, tak boleh ditegur dan mulut celupar.
PKR tak ada pelapis yang bagus untuk ditampilkan. Sampai bila PKR nak mengharapkan sosok tubuh Anwar sahaja? PKR perlu ada pelapis dan Tengku Zafrul adalah pilihan terbaik. Mantan Menteri Kewangan ini seorang tokoh teknokrat atau tokoh korporat yang layak untuk bersama PKR.
Adakah Tengku Zafrul tidak layak bersama UMNO?
Beliau layak, tapi beliau tidak dialu-alukan. UMNO masih dengan sifat lamanya, iaitu sifat kuno hireki dan kronisme. Nak berjaya dalam politik UMNO, kau kena ada kabel besar, kau kena ada cai hebat, kau kena rapat dengan Ketua Bahagian.
Ini tidak kena dengan cara Tengku Zafrul yang lebih ke arah merit atau kebolehan. Kau boleh buat kerja, kau bijak, kau ada ilmu maka kau layak jadi ketua. Bukannya jadi pak turut kepada ketua yang cap ayam.
Kesimpulannya, elok sangat Tengku Zafrul keluar UMNO dan sertai PKR. Biarlah UMNO dengan perangai lamanya, sebab tidak nampak langsung UMNO hendak berubah walaupun rebah pada tahun 2018.
Mungkin Zafrul boleh masuk UMNO semula selepas UMNO betul-betul bersedia melakukan perubahan dalam parti.
Buat masa sekarang, biarlah ahli UMNO dicuri oleh PKR, PAN mahupun DAP. Mungkin ini harga yang perlu dibayar kerana bekerjasama dengan PH.
Dulu ahli UMNO juga pernah kena curi dengan PPBM, PAS.
Ini mungkin akan terus berlaku selagi mana UMNO-BN tidak berdiri atas kaki sendiri, dan masih mengharapkan ehsan simpati orang lain untuk terus hidup. Maka sebab itulah UMNO-BN dibuli dan diperlakukan macam kain buruk - untuk mencuci kekotoran dan najis orang lain.
No comments:
Post a Comment