AdSense

Tuesday, December 17, 2024

Ini dia hasil fitnah puak PH terhadap Tabung Haji




Dulu Piji dan Siti cukup marah dengan Tabung Haji beli tanah di TRX milik 1MDB dengan harga RM188.8 juta tapi adakah mereka sedar berkenaan projek Core Residences?


Projek Core Residences dimilik dan dibina oleh syarikat WCT bernilai RM1.4 bilion sudah hampir 100% dijual.


Tapak Core Residences adalah hampir sama saiz dan terletak sebelahan tapak yang pernah dibeli Tabung Haji.


Kedua-dua tapak juga bersebelahan bangunan ikonik Exchange 106.


WCT beli tapak tanahnya dengan harga 12% lebih tinggi (RM3,101 psf) berbanding harga dijual kepada Tabung Haji (RM2,774 psf).


Syarikat Mulia Indonesia pula beli dengan harga RM4,490 psf untuk projek Exchange 106, HSBC Bank beli pada harga RM3,268.70 psf untuk bina menara korporat, Prudential beli pada harga RM4,840 psf untuk bina menara korporat, syarikat Australia Lendlease pula beli dengan harga RM4,848 psf untuk bina The Exchange Mall, hotel dan apartment.


Sebab PH bantah TH beli tanah TRX dari 1MDB sebelum PRU14.


Maka TH bawah kerajaan PH1.0 pun jual balik tanah tersebut kepada kerajaan selepas PRU14. Tidak dimajukan TH untuk kaut keuntungan besar. 


Syarikat WCT cool saja. Terus majukan projek yang bernilai RM1.4 bilion mereka untuk untung besar manakala TH sudah terlepas peluang.


Keuntungan ratusan juta Ringgit yang boleh digunakan untuk kekalkan subsidi Haji ataupun naikkan Hibah sudah terlepas.






Tapi Siti Nurhaliza bersorak sebab TH tidak lagi memalukan sebab terpaksa "bail out" 1MDB dengan membeli tanah TRX.


Piji juga happy sebab sudah merasa jadi Menteri, kes fitnah jenayah dia terhadap TH juga telah digugurkan kerajaan PH1.0 biarpun haki dapat ada kes prima facie dan dia diarah bela diri, mendapat DNAA dan seterusnya DAA.





Kini TRX menjadi antara lokasi paling premium di Malaysia. Stesen MRT di TRX antara paling sibuk di Kuala Lumpur.


Harga sewa menara Exchange 106 antara tertinggi di negara.


The Exchange Mall menjadi destinasi shopping antara paling popular negara.


Madani pula umum TRX sebagai hab kewangan antarabangsa bagi Malaysia.


Lembu punya susu, sapi dapat nama. TRX adalah cetusan idea Najib Razak dan BN.



Najib beri peluang pada TH untuk untung besar, kamu gelar bailout, memalukan. Hasut orang ramai untuk marah Najib dan keluarkan duit sehingga ada yang hilang tempat Haji.


Pihak-pihak lain pula rebut peluang. Terima kasih diucapkan mereka.


Kini korang pula merasa kadar Hibah tahunan yang rendah memanjang, kos haji yang naik setiap tahun.


Tulisan Lim Sian See

17 Disember 2024




Antar fitnah dan hasutan terdahulu:

Siti Nurhaliza Luah Rasa Kesal Isu Tabung Haji




Rozaida juga memberitahu mahkamah dakwaan Rafizi bahawa penyimpan Tabung Haji tidak boleh mendapat balik deposit adalah kenyataan salah.


"Jika ambil kira seksyen 22(3a), iaitu ambil kira nilai pasaran, nilai aset Tabung Haji adalah lebih tinggi berbanding liabiliti.

No comments:

Post a Comment