AdSense

Friday, October 2, 2026

Apa kaitan UMNO dengan 'pemecatan raja' di Negeri Sembilan?

Sumber


19 April 2026

Undang Yang Empat isytihar penurunan tahta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.


Sumber 


"Kenyataan ini dikeluarkan bagi memaklumkan secara rasmi bahawa DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah terhenti menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa 19 April 2026, melalui Sabda Undang Yang Empat di bawah Perkara 10(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS), dan bahawa DYMM Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar telah dipilih pada hari yang sama sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 di bawah Perkara 11."



4 Jun 2026

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (kerajaan PH), mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuat kuasa 5 Jun 2026. - Sumber


1 Ogos 2026

Hari Mengundi PRN Negeri Sembilan. BN menang dengan 18 kerusi, PH (11), PN (7). BN jalin persefahaman dengan PN. - Sumber


Jadi, apa kaitan UMNO dengan 'pemecatan raja' seperti yang dituduh pentaksub PH Mej Razali Zakaria ini?


Sebelum itu jangan lupa, pada Disember 2024

Undang Sungai Ujong, Mubarak Thahak, pecat dua ketua adat selepas timbul dakwaan salah guna dana kerajaan — termasuk lebih RM160,000 daripada Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan RM10,000 daripada pejabat Anthony Loke. - Sumber

Wednesday, September 30, 2026

PMX persoal kenapa Anthony Loke DAP desak Anthony Loke DAP letak jawatan?



YAB PMX kata, 


"Masalahnya rasuah, rompakan dan sakau. Yang (masalah ini) kamu tak bangkit. Tapi, bangkit, minta dia (Anthony Loke - DAP) letak jawatan, untuk apa? Soal rasuah kita padam, (tapi) bincang pasal Anthony Loke letak jawatan."

Thursday, August 27, 2026

Rakyat Malaysia berebut tanah kubur dengan pelarian?

Uploaded Image


1. Ini gambar terkini tanah perkuburan Islam baharu di Kampung Sungai Kertas, Mukim Batu, Selangor, 27 Ogos 2026.

2. Berkonsepkan Kubur Dalam Taman atau Raudhatul Sakinah, ia menyasarkan penyediaan sebanyak 6,623 lot kubur, merangkumi 5,653 lot dewasa dan 868 lot kanak-kanak.

Monday, August 24, 2026

Isu PATI: Dari Jalan Silang Ke Selayang, Rakyat Mahu Bukti 'Live' Pengusiran, Bukan Sekadar Wayang!


Sejak kebelakangan ini, media sosial panas dengan pendedahan berani netizen mengenai kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 'puak hanyut'. Lihat sahaja di kawasan-kawasan panas seperti Jalan Silang (yang kini gah digelar 'Mini Dhaka'), Pasar Borong Selayang, mahupun di sekitar Jalan Petaling dan Bukit Bintang. Ya, tindakan mereka jelas menyalahi undang-undang, dan ya, kita nampak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti DBKL mula rajin turun padang melakukan serbuan selepas diviralkan. (Nak rakyat juga buat kerja ke? Rakyat tak dapat gaji pun. Patut PBT lah buat pemantauan, rondaan dan sentiasa berada dilapangan. Bukannya duduk tunggu aduan dalam pejabat berhawa dingin saja.)


Persoalan utama yang bermain di minda rakyat sekarang: Kenapa hari ini operasi di Selayang, esok lusa muka yang sama kembali pacak khemah berniaga seolah-olah tiada apa yang berlaku?

Sunday, August 23, 2026

Besi Buruk Menguasai Parkir Lembah Klang: PBT dan Menteri Tidur atau Sengaja Tutup Mata?

Uploaded Image


Lembah Klang kini berdepan satu krisis senyap yang membarah—lambakan kenderaan tersadai di kawasan awam. Sama ada kenderaan tersebut rosak atau pemiliknya ghaib, "bangkai-bangkai besi" ini dibiarkan memonopoli petak parkir awam yang sememangnya sudah kritikal.

Walaupun cermin depan kenderaan ini dipenuhi dengan kertas saman yang bertindih, ia masih kekal di situ; menyakitkan pemandangan dan menyusahkan rakyat biasa yang terpaksa berpusing-pusing membuang masa dan minyak semata-mata mencari tempat letak kereta.

Budaya Kerja 'Tunggu Aduan' Harus Dibuang