AdSense

Wednesday, May 20, 2026

Bahana selepas Menteri DAP mansuh SPAD


Uploaded Image

Ramai tidak sedar betapa besar dan liciknya langkah ini. Biar saya jelaskan.

Antara keputusan paling awal kerajaan PH1.0 ketika Anthony Loke mula menjawat sebagai Menteri Pengangkutan ialah mansuhkan SPAD.

SPAD bukan perkara kecil. Ia bukan sekadar unit biasa yang boleh ditukar ikut selera menteri.

SPAD ditubuhkan pada tahun 2010 masa Najib melalui undang-undang sebagai badan khusus dan bebas untuk merancang, mengawal selia dan menguatkuasakan pengangkutan awam darat negara - iaitu sebahagian penting bagi transformasi sektor pengangkutan bawah ETP/GTP dia.

Sebab itu, apabila kerajaan PH mahu mansuhkan SPAD pada 2018 dan tukar kepada APAD, ia tidak boleh dibuat melalui sidang media sahaja.

RUU mansuh SPAD perlu dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

Maksudnya jelas: SPAD ada kedudukan undang-undang, kuasa dan peranan besar.

Ia bukan “pejabat kecil” bawah Menteri Pengangkutan. Ia bebas dari pengaruh Menteri.

Beza ini penting.

SPAD dahulu mempunyai ruang lebih bebas untuk menilai dasar pengangkutan awam negara dari sudut perancangan jangka panjang, integrasi sistem, kos, kesesuaian teknologi dan kepentingan pengguna.

Selepas SPAD dimansuhkan, fungsinya ditukar menjadi APAD iaitu sekadar satu jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan. 

Bila badan perancang dan pengawal selia diletakkan di bawah menteri, semak imbang menjadi lebih lemah.

Kuasa penyeliaan dan penglulusan bebas bertukar menjadi sekadar pak turut kepada Menteri Pengangkutan.

Untuk projek besar seperti MRT, RTS, LRT Pulau Pinang, Johor e-ART dan lain-lain, perbezaan ini sangat penting. Perancangan pengangkutan awam biasanya melibatkan tempoh 20 hingga 30 tahun, sedangkan menteri boleh bertukar setiap beberapa tahun.

Sebab itu, jika SPAD masih wujud dengan kuasa asalnya, besar kemungkinan beberapa keputusan besar Anthony Loke hari ini tidak semudah itu lepas.

RTS asal yang sepatutnya menjadi sambungan MRT Singapura mungkin tidak mudah ditukar kepada sistem LRT berasingan yang menjadi LRT paling pendek dalam dunia dengan landasan 4km dan dua stesen - sekaligus menaikkan kos pembinaan, kos operasi dan harga tiket penumpang.

Johor ART mungkin tidak mudah ditolak ke model konsesi swasta, sedangkan Malaysia sudah lama belajar bahawa pengangkutan awam besar sukar berjaya jika bergantung kepada model konsesi dan risiko projek serta harga tambang menjadi jauh lebih besar.

LRT Pulau Pinang pula mungkin tidak semudah itu melonjak daripada sekitar RM10 bilion kepada hampir RM17 bilion, sambil pakej pertama RM8.4 bilion diberi melalui kaedah “RFP single sourcing” iaitu secara rundingan terus dengan alasan bodoh kena ikut tender 10 tahun dahulu biarpun skop, nilai, peranan, cara pembuayaan dan pemberi tender sudah berbeza.

SPAD mungkin akan tanya satu soalan mudah:

Kenapa Pulau Pinang boleh dapat LRT yang sangat mahal dengan pembiayaan penuh kerajaan pusat, tetapi Johor hanya layak diberi ART yang dibiayai swasta melalui model konsesi?

Sedangkan keperluan Johor jauh lebih mendesak.

Johor mempunyai jumlah penduduk dan pelancong asing yang lebih besar, selain bakal menerima tekanan tambahan daripada pembukaan ETS KL-JB dan RTS. Jadi, dari sudut perancangan pengangkutan awam, keputusan ini memang SPAD akan persoalkan dan akan menghalang.

Pendek kata, SPAD dahulu ialah satu lapisan semak imbang penting dalam pengangkutan awam negara.

Bila Anthony Loke mansuhkan SPAD, negara bukan sekadar “jimat RM38.5 juta setahun”.

Kita juga hilang satu institusi penting yang sepatutnya menyemak dan mempersoal keputusan besar yang tidak masuk akal, sebelum Malaysia terpaksa menanggung kerugian berpuluh bilion ringgit.

Betapa liciknya DAP ini. 

Dorang dah lama rancang cuma kami yang lalai.

Eric See-To
19.5.2026

No comments:

Post a Comment