AdSense

Tuesday, March 7, 2017

Nak jadi pemimpin kena pandai merisik


Biasa kalau hari Ahad, adalah hari 'bersenang lenang' atau hari goyang kaki sedunia di rumah... Berehat bersama keluarga, ada juga yang bercuti ke sana sini.

Tapi bagi seorang pemimpin, setiap hari adalah hari untuk rakyat. Tidak kira Isnin ataupun Ahad.


Seperti Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar ini yang menyamar bagai seorang perisik di hari Ahad, semata-mata mahu melihat sendiri perkhidmatan MyBas di Seremban, Negeri Sembilan.


Penulis percaya bukan ini kali pertama Syed Hamid berbuat demikian. Orang lama seperti Syed Hamid ini sudah tentu melakukannya sejak sebelum wujudnya media sosial lagi.

Apa yang cuba dipaparkan Syed Hamid dengan beberapa keping foto yang dimuatnaik ke laman Facebooknya wajar dipandang dari sudut positif.

Anak-anak muda khususnya pemimpin atau bakal pemimpin patut mempelajari sesuatu bahawa... Untuk berkhidmat kepada rakyat, anda perlu turun sendiri ke lapangan secara mengejut. Ia secara tidak langsung akan memberi satu laporan terus kepada anda.


Bukanlah hendak kata orang sekeliling tidak buat kerja... Tapi kadang-kala seorang pemimpin perlu percaya kepada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment