Pengusaha teksi motosikal atau Dego Ride mungkin tidak senang dengan kenyataan pihak berkuasa berhubung larangan perkhidmatan yang disediakan.
Diakui bahawa kewujudan perkhidmatan ini datangnya daripada idea golongan muda tetapi ia bukan sandaran untuk membenarkan perlaksanaannya.
Seperti kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar yang secara peribadi tertarik dengan idea tersebut namun undang-undang juga patut dipatuhi demi kebaikan bersama.
Jelas Syed Hamid, motosikal tidak termasuk di dalam senarai kenderaan pengangkutan awam yang dibenarkan untuk membawa penumpang dengan dikenakan bayaran.
Selain itu isu keselamatan dan perlindungan insurans juga wajar diberikan perhatian.
"Pada SPAD, untuk menguatkuasakan peraturan juga sukar kerana sebagai contoh ada 13 juta motosikal di seluruh negara dan kita tidak boleh memberhentikan setiap motosikal dan bertanya sama ada pembonceng membayar tambang atau tidak," kata beliau.
Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan pengusaha Dego Ride supaya tidak mencabar undang-undang dan beroperasi tanpa lesen.
Melihat kepada senario ini, penulis merasakan ada benarnya kenyataan pihak berkuasa ini. Banyak perkara yang perlu diteliti apatah lagi ia bersangkut-paut dengan keselamatan orang ramai.
Kita jangan hanya memikirkan untuk waktu sekarang, sebaliknya perlu juga memikirkan waktu akan datang. Betul perkhidmatan ini memberi manfaat kepada orang ramai tetapi ada juga risiko.
Siapa yang hendak dipersalahkan sekiranya berlaku kemalangan? Kematian? Atau kejadian-kejadian jenayah seperti samun, culik, rogol dan lain-lain? Tambahan pula 70% pengguna perkhidmatan ini terdiri daripada kaum wanita.
Bukankah lebih baik kita mencegah daripada mengubati.
Kalau TAK setuju pun, si KemGAGAL yg. diTERAJUI si MCacing dan sekrg. JP* tu - lu JGN. terlalu ANGKUH mengHINA perniagaan usahawan BUMIPUTERA Islam/Melayu berMOTOSIKAL "De*o ride" tu!
ReplyDeleteSeolah PEMANDU2 motosikal yg. MENYEBABkan majoriti KEMALANGAN2 BUAS - sedgkan LORI2/BAS2 amat BUAS yg. memBUNUH dgn. amat KEJAM begitu ramai PENGGUNA jlnraya – tapi depa terus BEBAS MENGGANAS kat Malaysia kita ni [MANGSA2 kemalangan jlnraya amat malang adalah terutamanya PEMANDU/PENUNGGANG MOTOSIKAL, yg. mana disyaki MAJORITI mangsa, adalah dr. bangsa BUMIPUTERA (INDIGENOUS) Islam/Melayu]!
Tok Landak.
Dego Ride jadi isu sebab ianya di operasikan oleh bukan cina itu je sebabnya, cuba yang dioperasikan oleh orang cina bapak segala undang-undang pun diorang taknak ikut. memang perangai kapir khinzir laknat begitu lah
ReplyDelete