AdSense

Sunday, February 12, 2017

Selamat tinggal DAP @cmlimguaneng


Bukan saja masyarakat tetapi pemimpin politik dikalangan parti sendiri juga sudah mula tidak percaya serta yakin terhadap kepimpinan Setiausaha DAP Lim Guan Eng.


Hari ini, MP Kota Melaka Sim Tong Him bersama tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Duyong, Goh Leong San; Lim Jak Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong mengumumkan keluar parti DAP.

Ia ternyata memberi tamparan hebat buat DAP, Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, keempat-empat pemimpin DAP itu membuat keputusan keluar parti selepas pertimbangan wajar dan tidak tergesa-gesa.

"Selepas pertimbangan wajar, serius, dan penuh kesal, kami hilang kepercayaan dan amat kecewa dengan anda (Lim Guan Eng) dan kepimpinan pusat dalam menangani isu dalaman dan luaran parti.

"Kami juga tidak boleh menerima pendirian yang diambil dalam penjajaran politik baharu yang dilakukan DAP kebelakangan ini," kata mereka dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Mereka turut melahirkan kekecewaan atas ketidaktentuan hala tuju parti yang lari daripada perjuangan asal. 

No comments:

Post a Comment