Penulis pernah mengajak kawan-kawan untuk bersyukur di atas pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan. Sebab ada dikalangan kawan-kawan penulis yang asyik mengutuk kerajaan termasuk program kebaikan seperti BR1M. Tapi penulis pula kena kecam. Hai, ajak bersyukur pun kena kecam.
Harap tulisan kali ini tidak dikecam kerana menyeru kepada kebaikan.
Apa salahnya kita bersyukur dengan apa yang ada hari ini? Hidup dalam suasana aman dan harmoni sementara ada negara yang sedang bergolak dan huru-hara. Salahkah?
Pada awal bulan lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya bersyukur dan berterima kasih di atas pengorbanan pasukan keselamatan dan perkhidmatan awam di negara kita. Kalau ada yang hendak kecam juga tak tahulah nak cakap....
Iyalah, pasukan keselamatan negara dan perkhidmatan awam kita bertungkus-lumus memelihara ketenteraman negara terutamanya pada musim perayaan. Sehingga ada dikalangan mereka yang terpaksa meninggalkan anak bini / suami demi menjalankan kewajipan. Apakah saranan supaya bersyukur ini harus dikecam?
Lihatlah pada musim perayaan, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga trafik, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula mengawal sempadan negara. Masa banjir baru-baru ini juga PDRM dan ATM turut membantu bersama-sama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Begitu juga dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), para doktor, kakitangan hospital dan ramai lagi. Apakah saranan supaya kita mengucapkan terima kasih ini harus dikecam?
Sama juga dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengelak tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa. Susah sangatkah kita hendak bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita?
No comments:
Post a Comment