"Kita perlu memahami bagaimana politik-ekonomi Mahathirisme bekerja. Di sini, Mahathirisme bukanlah semata-mata seorang manusia tetapi idea dan fahaman seorang manusia yang telah menjadi sistem dalam jaringan kerja dan struktur organisasi kuasa serta budaya yang rumit.
"Politik-ekonomi Mahathirisme bekerja dengan perkakas-perkakas institusi awam yang tidak demokratik, mengamalkan ekonomi kapitalisme semu - kroni monopoli, penuh rasuah dan pecah amanah, menipu pilihan raya, dengan rekod demokrasi dan pelanggaran hak asasi manusia yang buruk." - Malaysiakini, 18 April 2013.
Selain Mahathirisme, beliau juga dikenali dengan gelaran diktator, firaun dan mahazalim oleh pemimpin pembangkang dikalangan DAP, PAS dan PKR.
Mahathir, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun mengumumkan keluar UMNO secara rasmi pada 29 Februari 2016 (sebelum ini beliau kerap keluar-masuk UMNO). Ianya biasa berlaku jika ada perkara yang tidak kena pada kehendaknya.
"Dr Mahathir memberi jaminan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan tiada hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu." - Astro Awani, 29 Februari 2016.
Oh ya, sejarah pernah mencatatkan, Mahathir juga pernah dipecat keanggotaannya dalam UMNO pada 26 Sept 1969 atas sebab-sebab disiplin semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kembali ke pangkuan UMNO pada 7 Mac, 1972 di era pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.
Berbalik kepada perenggan di atas, Mahathir memberi jaminan untuk tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak berhasrat menubuhkan parti baharu.
TIPU
Mahathir menubuhkan parti Peribumi Bersama (PPBM) dan bekerjasama dengan pembangkang - DAP, PKR dan PAN atas semangat 'Selamatkan Malaysia' (kononnya).
CIA DI BAWAH PENTADBIRAN DONALD TRUMP YANG BARU JADI PRESIDEN AS DEDAH LAPORAN BERKAITAN SKANDAL BMF
BMF scandal ‘extended’ into Malaysian ex-PM Mahathir’s govt – CIA files
Pemimpin pembangkang menyedari bahawa kerjasama dengan Mahathir selama ini adalah tindakan yang bodoh. Majoriti pemimpin pembangkang tepuk dahi 'aiya' 'ayoyo...'
Big Bos DAP Lim Kit Siang yang sebelum ini bangga dapat duduk semeja dengan Mahathir lebih kuat dahinya ditepuk. Kalau Mahathir dikenali sebagai Jaguh U-Turn sejak akhir-akhir ini, ia seakan berjangkit pula kepada Kit Siang.
Barangkali ingin 'mencuci tangan' selepas kekotoran 'bersalam' dengan Mahathir, Kit Siang pantas mencari talian hayat.
"Selepas menimbulkan polemik bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyelamatkan Malaysia, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini berkata beliau bersedia bekerja dengan pemimpin atasan BN.
"Menurut Lim, beliau bersedia untuk bertemu dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk membincangkan cara untuk "membersihkan dan menyingkirkan” segala keaiban dan kehinaan Malaysia akibat dilihat sebagai negara kleptokrasi." Malaysiakini, 24 Januari 2017 (hari sama Asian Correspondent menyiarkan berita berkaitan skandal BMF).
Mantan Presiden PAS, allahyarham Fadzil Noor pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk (Mahathir) melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
Jalil Ibrahim (kanan) - Al Fatihah |
No comments:
Post a Comment