AdSense

Wednesday, June 11, 2025

Peluasan skop SST regim Kerajaan Madani : Harga MELAMBUNG tinggi. Thanks PH DAP PMX Anwar Ibrahim


 


Durian, pisang, mango, anggur, epal, oren, oren mandarin, kurma, minyak masak, cereal, garam.


Saya mula rasa ada yang tak kena bila terbaca satu analisis yang menyebut bahawa "penambahbaikan" SST 2025 - yang akan bermula 1 Julai ini - dijangka menambah hasil kerajaan sebanyak RM10 bilion setahun.


Angka ini sangat tinggi, malah dua kali ganda lebih besar berbanding anggaran asal peningkatan RM5 bilion.


Lagi saya terkejut apabila membaca analisis awal firma akaun PwC, yang menyatakan bahawa antara barangan yang kini mula dikenakan cukai jualan 5% walaupun sebelum ini dikecualikan ialah:

pisang, mangga, guava, anggur, minyak masak, garam, cereals, dan bahan bacaan.


Jadi saya pun semak sendiri dokumen rasmi kerajaan - dan rupanya lima perintah cukai telah diwartakan dua hari lalu, termasuk dua yang paling kritikal bagi cukai jualan:


1. Sales Tax (Rates of Tax) Order 2025 - PU(A) 170/2025

Menggantikan versi 2022, perintah ini menyenaraikan semua barangan yang dikenakan cukai, termasuk kadar masing-masing: 5 peratus, 10 peratus, atau kadar khas per unit (contohnya RM0.01/kg).


Perbandingan:

* Tahun 2022: 62 muka surat

* Tahun 2025: 222 muka surat


* Subheading dikenakan cukai (10 digit HS Code):

* Tahun 2022: 987

* Tahun 2025: 4,104


Ini bermaksud lebih 4 kali ganda bilangan barangan kini dikenakan cukai jualan berbanding senarai lama.


2. Sales Tax (Goods Exempted From Tax) Order 2025 - PU(A) 171/2025

Ini adalah senarai barang yang dikecualikan cukai - dan ia juga telah dikemaskini, menggantikan versi 2022.


Perbandingan:

* Tahun 2022: 282 muka surat

* Tahun 2025: hanya 103 muka surat


* Subheading dikecualikan cukai:

* Tahun 2022: 5,222

* Tahun 2025: 1,813


Ini bermaksud lebih 3,400 subkategori barang yang dulunya tidak dikenakan cukai kini akan dikenakan cukai jualan mulai 1 Julai 2025.


Kenyataan rasmi Kementerian Kewangan kononnya hanya ikan salmon, tuna dan avocado yang dikenakan cukai baru ternyata mengelirukan.


Bila saya semak dokumen rasmi sendiri, hampir semua buah-buahan (tak kira import atau tempatan) kini dikenakan cukai - termasuk durian, epal, oren, oren mandarin, kurma dan garam.


Begitu juga dengan:

* Pelbagai jenis ikan dan makanan laut

* Sayur dan buah dalam tin atau jeruk

* Rempah ratus dan sos

* Minuman, jus dan sirap

* Coklat dan manisan

* Makanan segera dan diproses


Jadi, peningkatan hasil RM10 bilion bukan datang daripada "ikan salmon dan avocado" semata-mata. Ia datang kerana kerajaan telah memperluas skop cukai secara besar-besaran dan senyap ke atas makanan asas rakyat, termasuk barangan dapur harian yang dulunya tidak pernah dicukai.


Saya yakin dalam beberapa hari lagi, apabila lebih banyak analisis teknikal dijalankan oleh pihak-pihak industri ke atas perintah-perintah cukai tahun 2025, Rakyat akan lebih jelas tentang betapa meluasnya kesan sebenar SST 2025 terhadap barangan asas dan kos sara hidup. 


Eric See-To - Lim Sian See

11 Jun 2025


(Mohon Like & Follow akaun backup LSS. Page asal LSS sudah kena benam.)

No comments:

Post a Comment