AdSense

Thursday, June 5, 2025

Lepas rugi RM500 juta - RM700 juta susulan penjualan saham MAHB, KWSP umum pelaburan menurun 13 peratus


3 Jun 2025, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa mereka mencatatkan pendapatan pelaburan RM18.31 bilion untuk suku pertama (S1) 2025 berakhir 31 Mac. Pendapatan pelaburan tersebut bagaimanapun turun 13 pe­ratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun 2024.


Sehari kemudian, 4 Jun 2025, Datuk Eric atau lebih dikenali dengan nama Lim Sian See ada mengupas mengenai pengumuman KWSP tersebut.



RAMALAN AWAL DIVIDEN KWSP 2025: ADAKAH KITA SEDIA UNTUK ERA DIVIDEN 4%?


KWSP baru umum prestasi suku pertama 2025:


- Pendapatan pelaburan: RM18.31 bilion - turun 13% berbanding tempoh sama tahun 2024 lepas


- Termasuk keuntungan forex RM1.02 bilion (tidak diagih sebagai dividen).


Jadi pendapatan sebenar yang layak diagih cuma RM17.29 bilion.


Bila kita annualize (bermaksud kita buat andaian pendapatan KWSP setiap suku tahun 2025 adalah sama dengan suku pertama):


RM17.29 bilion x 4 = RM69.16 bilion setahun.


Sekarang kita buat unjuran ke hujung tahun.


Kalau kita guna kadar pertumbuhan sebenar aset KWSP Q1 2025 berbanding Q1 2024 (iaitu 5.88% setahun), saiz aset KWSP hujung 2025 dijangka mencecah RM1.333 trilion berbanding RM1.26 trilion pada akhir 2024.


Sekarang kita kira potensi kadar dividen mengikut payout ratio:


85% payout: Dividen 4.41%

90% payout: Dividen 4.67%

95% payout: Dividen 4.93%

98.36% payout (ikut kadar luar biasa giler tahun 2024): Dividen 5.10%


Jika prestasi KWSP suku-suku akan datang sama seperti suku pertama dan kadar pertumbuhan saiz aset kekal sehingga akhir tahun, dividen 2025 dijangka hanya sekitar 4.4% hingga 5.1%, jauh lebih rendah berbanding 6.30% pada 2024.


Kadar 5.1% itu pun dengan andaian KWSP maintain payout ratio sangat tinggi macam 2024. 


Kalau KWSP kembali ke payout ratio biasa sekitar 85%-90%, maka dividen mungkin sekitar 4.4% hingga 4.7%.





Sumber FB Lim Sian See


KENYATAAN MEDIA KWSP (3 JUN 2025) - KWSP Catat Jumlah Pendapatan Pelaburan RM18.31 Bilion untuk S1 2025


Klik pautan berikut untuk kenyataan media penuh: https://rb.gy/g00g54


Click the following link for the full media statement: https://rb.gy/dyhhok


Sebelum itu, KWSP terpalit dengan kontroversi penjualan saham MAHB. Mereka jual dengan harga murah sekitar RM6 sesaham, kemudian beli balik saham sama tapi dengan harga lebih mahal iaitu RM11 sesaham.


Presiden MCA Wee Ka Siong adalah yang terawal membangkitkan isu ini pada 14 Januari 2025


18 Januari 2025, Ka Siong balun isu penjualan saham MAHB oleh KWSP. 4 video dikeluarkan;


Part 1 - KWSP tak jawab soalan pokok.

Part 2 : Kekhilafan KWSP, pencarum rugi

Part 3 : Persoalan mengenai "Chinese Wall" KWSP

Part 4 : Jual saham sebab nak bayar dividen?


Ka Siong bela pencarum KWSP di Dewan Rakyat pada 6 Februari 2025.


14 Februari 2025, menjawab cabaran Ahli Parlimen Kampar yang kata akan bersara dari politik jika dapat dibuktikan KWSP rugi walaupun sekecil RM1.


Syarahan oleh Wee Ka Siong pada 16 Februari 2025


20 Februari 2025 sidang media Ka Siong berhubung penjualan saham MAHB oleh KWSP.


24 Februari 2025, Ka Siong jawab respon KWSP yang tidak menjawab soalan pokok


5 Mac 2025, Dalam masa sehari, KWSP JUAL 19.7JUTA SAHAM MAHB dengan harga murah.


6 Mac 2025, Speaker Dewan Rakyat tolak Usul Ahli Parlimen Kampar (DAP) yang mahu rujuk Ka Siong ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan;

Video

No comments:

Post a Comment