AdSense

Tuesday, January 24, 2017

MRT dan persepsi buruk agenda pembangkang


Pihak pembangkang tidak sudah-sudah memburuk-burukkan segala apa yang diusahakan kerajaan.

Projek MRT umpamanya, mereka akan sedaya upaya memperlekehkannya seterusnya memberi tanggapan negatif terhadap Malaysia.


Walhal pihak seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan lain-lain agensi penat lelah merangka dan mencari idea untuk membangunkan sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Lihat saja lidah rasmi mereka seperti Mkini, tidak ada langsung berita kebaikan yang disiarkan mengenai MRT. Mereka banyak menyiarkan tuduhan tidak berasas daripada Rafizi - tuduhan yang sudah dinafikan iaitu mengenai kos pembinaan projek MRT.

Poyo je suruh saman. Sudahlah banyak kes dia kalah. Ni kalau saman, nak kena tunggu berapa tahun pula baru selesai? Belum kira tanguh lagi macam kes Anwar - lebih 70 kali tangguh do!

Kerajaan telahpun menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak RM2bilion namun mana mungkin pihak pembangkang akan mengakuinya. Kerana, fakta tersebut berupaya menjatuhkan reputasi mereka yang sering mengatakan projek tersebut menelan belanja yang banyak. Kononnya duit rakyat dihabiskan.

Tetapi penulis bersyukur kerana semakin hari rakyat dapat menilai dan membezakan mana kaca dan permata.

Mat Salleh pun thumbs up la wei...
Pihak pembangkang nampaknya gagal dalam misi memburuk-burukkan projek MRT setakat ini. Namun, penulis yakin bahawa mereka tidak akan terhenti begitu saja. Akan ada lagi kenyataan-kenyataan tidak masuk akal dan berbaur fitnah akan dilemparkan. Semoga masyarakat Malaysia dapat bersedia dengan serangan berbentuk fitnah ini.

Sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis suka untuk memetik kenyataan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional bertarikh 10 Januari 2017 lalu antaranya mengatakan :

Pembohongan berterusan YB Rafizi melalui pelbagai kenyataan dan sidang media beliau. Antaranya ialah:

a. YB Rafizi secara jelas telah silap dengan mendakwa kos bagi MRT1 SBK ialah RM21 bilion bagi laluan sepanjang 21km walhal ia adalah bagi laluan 51km, lantas mendakwa kos bagi setiap kilometer adalah RM1 bilion. Ini jelas menunjukkan apa yang didakwa YB Rafizi terlebih kiraan iaitu sebanyak RM30 bilion.

b. YB Rafizi turut menggunakan satu projek terowong kosong di Barcelona dengan mendakwa ia adalah satu projek MRT lengkap dalam usahanya untuk membuat perbandingan seterusnya menuduh projek MRT Malaysia adalah lebih mahal daripada projek di Sepanyol itu.

c. YB Rafizi turut menggunakan maklumat daripada blog Wordpress tidak sahih menggunakan nama ‘Pedestrian Observation’ di mana ia telah dibuktikan silap. Memburukkan keadaan lagi, YB Rafizi turut menggunakan maklumat secara berpilih melalui dua contoh paling murah daripada 25 contoh projek MRT sebagai usahanya untuk menuduh kerajaan terlebih bayar.

Adalah mengejutkan dan memalukan apabila seorang Ahli Parlimen sanggup bertindak sedemikian untuk memperdaya dalam usahanya untuk menghasut masyarakat untuk membenci kerajaan.

Kami dapati YB Rafizi tidak pula memohon maaf atau mengakui kesilapannya bagi tuduhan tidak bersandarkan fakta ini. Apapun, kami tidak terlalu berharap beliau akan ‘jujur’ untuk berbuat demikian. Beliau turut berulangkali menggelar kami ‘hantu’ tetapi Malaysiakini sudahpun menunjukkan YB Rafizi ini lebih teruk daripada hantu.

5. Maka tidak hairanlah apabila YB Rafizi telah kalah dalam lima kes mahkamah, di mana kebanyakkannya adalah berikutan fitnahnya sendiri. Selain lima kes termasuk fitnah yang dibuat terhadap NFC, beliau juga menghadapi saman malu daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tabung Haji dan Perdana Menteri.

6. Biarpun sudah didedahkan beberapa kali, YB Rafizi berterusan menuduh kos bagi projek MRT akan membebankan rakyat. Ini secara tidak langsung mendedahkan akal pendek YB Rafizi dan Pakatan.

7. Apa yang tidak disebut YB Rafizi ialah kos yang akan timbul jika MRT tidak dibina dan apabila dibina ia akan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam dan memanfaatkan rakyat.

8. Berdasarkan kepada laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia pada 2015, ia menyebut:


  • Pengguna menghabiskan masa antara 270 hingga 500 juta jam manusia dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2014.
  • Kereta dianggar menggunakan 1.2 bilion liter minyak tersangkut dalam kesesakan trafik, bermakna RM2.52 bilion wang rakyat terbuang setiap tahun dalam kesesakan jalanraya.
  • Masa dan minyak yang terbuang bagi setiap orang dalam bandaraya Kuala Lumpur dianggarkan sekurang-kurangnya RM3,100 setiap tahun, lebih tinggi daripada purata pendapatan bulanan iaitu RM2,795
  • Jumlah kos bagi trafik di bandaraya Kuala Lumpur dianggarkan pada 1.1 peratus hingga 2.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2014. Dalam konteks 2016 pula, ia bermakna ia satu kerugian tahunan antara RM13 bilion dan RM26 bilion kepada Malaysia.


9. Dalam kajian terkini dilaksanakan firma Frost & Sullivan mendapati 41 peratus rakyat Malaysia menganggap kesesakan trafik adalah punca kekecewaan mereka. Kos perjalanan kereta juga didapati mengaut 10 peratus daripada perbelanjaan isirumah, yang boleh dikurangkan jika menggunakan pengangkutan awam yang efisien.

10. Ini tidak termasuk kos alam sekitar yang ketara berikutan pembakaran petrol oleh kenderaan dan kos kesihatan kepada rakyat Malaysia yang terjejas ekoran tekanan akibat tersangkut dalam kesesakan jalanraya.

11. Disebalik pelaburan tinggi dalam pengangkutan awam, kerajaan akan memperoleh pelaburan ini daripada cukai jangka panjang melalui produktiviti yang lebih baik, nilai hartanah yang meningkat dan peningkatan aktiviti ekonomi di kawasan yang menerima khidmat pengangkutan awam ini.Selain itu, kerajaan juga akan dapat menjimatkan kos secara jangka panjang pada perbelanjaan alam sekitar dan kesihatan.

12. Projek pengangkutan awam yang efisien seperti MRT adalah satu pelaburan yang akan kekal berdekad lamanya yang akan mengembalikan semula kos itu kepada rakyat Malaysia melalui penjimatan masa untuk bergerak, pengurangan kos pengangkutan dan pemilikan kenderaan. Rakyat Malaysia juga akan menerima manfaatnya lantaran dapat mengurangkan tekanan akibat kesesakan jalanraya dan meningkatkan taraf kehidupan.

13. Kami juga terkejut kerana YB Rafizi tidak memiliki pandangan jauh dan pemikiran tidak strategic dan berterusan menggunakan isu ini biarpun mengetahui manfaat kepada kerajaan dan rakyat adalah melangkaui kos yang dibelanjakan, terutama apabila kos untuk projek MRT Malaysia ini tidak terlalu mahal.

14. Kerajaan telah menerima pelbagai pujian kerana berjaya menyiapkan satu projek pengangkutan awam yang begitu besar dalam tempoh masa dan bajet yang ditetapkan sejak 2010. Hanya ahli politik yang pentingkan diri sendiri dan pendek akal sahaja tidak akan nampak gambaran lebih besar atau manfaat kepada rakyat, dan bertambah buruk lagi, terus menggunakan penipuan untuk menyerang projek rakyat ini.

#JomNaikMRT #TerimaKasihBarisanNasional




No comments:

Post a Comment