AdSense

Thursday, June 26, 2025

MCA BUAT HAL LAGI?!!!




Sebelum ni, dalam tahun 2023 - 2024, MCA bangkitkan pasal TCM - perubatan tradisional - Cina, Islam dan lain-lain perubatan tradisional.







Sumber


Video


Isunya mudah. Selama kita hidup di Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional, TAK PERNAH perubatan tradisional ni dikenakan cukai. Tapi bila Pakatan Harapan memerintah, tup tup senyap senyap nak kenakan cukai. Dah tu, siap tuntut benda yang dah lepas. Kerajaan meminta pengamal TCM untuk membayar balik “tunggakan SST” sejak tahun 2018 .


https://www.sinarharian.com.my/article/642618/berita/nasional/sst-perlu-adil-jangan-beban-pesakit-jalani-rawatan-tcm---ka-siong


Kau dah kenapa orang nak berurut lepas bersalin pun kau nak cukai? Yang guna khidmat rawatan perubatan tradisional atau alternatif ni, bukan orang Cina saja. Orang Melayu, India etnik Sabah Sarawak juga sama. Jadi MCA perjuangkan hak rakyat majmuk.


Gambar sekadar hiasan



Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui, adik kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng antara pemimpin DAP yang mempertahankan dasar ini, cita-cita untuk kenakan cukai terhadap rawatan perubatan tradisional.


Lim Hui Ying (belakang, kanan, ketawa berdekah-dekah)


Lepas MCA all out pejuangkan isu ni, akhirnya pada Februari 2024, kerajaan buat u-turn. Tak jadi kenakan cukai kepada TCM. Syabas MCA.


https://malaysiagazette.com/2024/02/19/perubatan-tradisional-dan-komplementari-tidak-dikenakan-cukai-perkhidmatan-mof


Lagi, apa lagi MCA buat hal?


MyKiosk, projek KPKT, menterinya DAP. Banyak kiosk terbiar dan tiada peniaga mahu sewa, harga seunit sehingga RM25 ribu juga mengundang seribu tanda tanya. Isu ini membuka mata masyarakat. Ramai mula ambil gambar MyKiosk di kawasan masing-masing yang terbiar, mencacatkan pemandangan kawasan mereka. Malah, PBT diberi sebulan isi kekosongan MyKiosk, elak jadi projek 'Gajah Putih'.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1215540/pbt-diberi-sebulan-isi-kekosongan-mykiosk-elak-jadi-projek-gajah-putih


MCA hantar amoi je gegar isu ni...


𝙄𝙨𝙪 𝙈𝙮𝙆𝙞𝙤𝙨𝙠: 𝙈𝘾𝘼 𝙖𝙟𝙖𝙠 𝘿𝘼𝙋 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙡𝙖𝙥𝙤𝙧𝙖𝙣 𝙎𝙋𝙍𝙈 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖


𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐭𝐢𝐳𝐞𝐧 𝐝𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 “𝐤𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧” 𝐌𝐲𝐊𝐢𝐨𝐬𝐤


𝐌𝐂𝐀 𝐠𝐞𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐮𝐬, 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐫𝐨𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢 𝐤𝐨𝐬 𝐌𝐲𝐊𝐢𝐨𝐬𝐤


𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐲𝐊𝐢𝐨𝐬𝐤 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐥?


𝐌𝐲𝐊𝐢𝐨𝐬𝐤: 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭?



Video Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun balun Nga Kor Ming DAP


Video ni Siew Mun ada publish kat TT dia, tapi hilang.


Ni video Pemuda MCA buat laporan ke SPRM.


Ok apa lagi MCA buat hal?


Hah! Tong gas LPG!


Menerusi Ops Gasak, habis kedai-kedai kena serbu, sita barang mereka sebab guna tong gas bersubsidi. Yang kena siapa? Peniaga PKS, perusahaan kecil dan sederhana. Semua kena, peniaga Melayu, Cina, India.


Betul memang sudah ada dasar yang mengatakan bahawa peniaga kena guna tong gas komersial yang berharga RM70 setong. Tak boleh guna tong gas bersubsidi RM26 setong. Tapi ada kelonggaran dan selama Barisan Nasional memerintah sebelum ini, tidak ada operasi besar-besaran seperti Ops Gasak yang dijalankan kerajaan Pakatan Harapan. Restoran mewah dan kilang-kilang besar je diwajibkan guna tong gas komersial. Takkan makcik pakcik jual pisang goreng tepi jalan pun nak kena paksa pakai tong gas purple RM70 setong tu.


LPG : DARI RM26 KEPADA RM70

Peniaga mula naikkan harga sebab kos mereka naik. Akhirnya, siapa yang kena tanggung? Siapa yang kena bayar mahal untuk beli barang? - Wee Ka Siong


Lepas MCA bising, barulah kerajaan buat u-turn, tak ada lagi Ops Gasak yang gasak peniaga kecil.


Pasal kebimbangan data rakyat Malaysia bocor pun MCA bising jugak. Media antarabangsa ada dedahkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan arah syarikat telekomunikasi serah data telefon pelanggan mereka.




Video pendedahan Wee Ka Siong buka mata ramai pihak


𝐌𝐂𝐀 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐤𝐚 𝟕 𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐢𝐬𝐮 𝐤𝐞𝐛𝐨𝐜𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐦

Sebagai jurucakap rakyat dan team rakyat, MCA lantang mempertikai kerajaan ini. Tup tup Wong Siew Mun kena panggil ke Bukit Aman. Laporan polis dikatakan dibuat oleh Kementerian Komunikasi.




Adoi naya pak karim. Ini ke kebebasan bersuara dalam era kerajaan Pakatan Harapan?


𝙋𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣 𝙋𝙚𝙢𝙪𝙙𝙖 𝙈𝘾𝘼 𝙙𝙞𝙥𝙖𝙣𝙜𝙜𝙞𝙡 𝙠𝙚 𝘽𝙪𝙠𝙞𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣 : 𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘽𝙞𝙨𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩


Tup tup, banyak akaun media sosial pemimpin MCA kena benam, hilang dari radar. Malah penganalisis politik seperti Lim Sian See juga kena padam. Telegram Edisi Siasat juga sama.





Dalam masa singkat ini, banyak isu yang MCA bangkitkan, termasuklah isu cukai ke atas buah-buahan, dan terkini pasal kemasukan pelajar ke Universiti Awam dan gred A- . Ha ini pun menarik jugak. MCA lantang pertahankan isu gred A- bila Menteri Pendidikan yang suka tepuk meja tu kata hanya pelajar dapat A+ dan A je yang layak ditawarkan ke matrikulasi secara automatik. Sedangkan sebelum ini PMX kata semua layak, termasuk A-.


"Jika rakyat pun tak mampu makan buah, itu bukan kemajuan — itu kegagalan dasar. Sebiji buah mungkin kecil, tapi ia mencerminkan sama ada kerajaan benar-benar prihatin terhadap beban rakyat atau tidak,"


TERKINI KERAJAAN PH BUAT U-TURN!!!

SST buah import: Epal, oren dikecualikan perluasan SST - Anwar


"Adakah pengecualian gred A- daripada gred A ini mendapat kelulusan Kabinet? Jika ada dibawa ke Kabinet, apa pula pendirian DAP? Mohon penjelasan..." - Wee Ka Siong, 5 Jun 2025.



Lepas MCA menerusi Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong pertahankan hak pelajar, akhirnya kerajaan buat u-turn.




Yang menang bukan MCA semata-mata, bukan Wee Ka Siong semata-mata, tetapi sebenarnya pelajar berbilang kaum. 


Ada segelintir pentaksub PH-DAP perli dan sindir kata MCA hanya ada 2 kerusi Parlimen. Tapi dengan 2 kerusi Parlimen ini pun MCA dapat menggoncang 40 Ahli Parlimen DAP, bayangkan kalau MCA memiliki lebih ramai Ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional membawa suara rakyat, menjadi team rakyat di Parlimen, sudah tentu lebih banyak kebaikan dan kejayaan dapat dicipta untuk manfaat rakyat berbilang kaum.


'Lebih baik MCA keluar BN' - Teresa Kok


Ok next, kita nantikan MCA nak buat hal apa lagi selepas ini? Menteri-menteri DAP nampaknya tak senang duduk, menggeletik bagai cacing kepanasan.







Suara Lensa

26 Jun 2025


No comments:

Post a Comment