Perikatan Nasional (PN) diramal menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti dengan majoriti kerusi sekurang-kurangnya 120 kerusi. Ini termasuk parti-parti Sabah dan Sarawak yang akan membentuk kerajaan bersama PN.
Berdasarkan sentimen awam pada ketika ini, tempoh masa sepenggal kerajaan Pakatan Harapan yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) memerintah sudah memadai untuk rakyat Malaysia menilai pentadbiran mereka, khususnya dibawah pentadbiran Bapa Reformasi, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 (PMX).
Setelah janji "hari ini menang Putrajaya, esok harga minyak turun" gagal ditunaikan, bahkan menjadi pemula kepada kegagalan janji-janji lain, menambah keyakinan rakyat bahawa Anwar dan PH bukanlah pemerintah yang layak untuk mentadbir Malaysia. Sebaliknya, mereka layak berada di blok pembangkang sebagai semak dan imbang. Mereka Anwar dan PH hanya pandai berkata-kata dan hebat menghasut rakyat serta penuh dengan fantasi.
Pengundi bakal menolak PH-BN dari rumah lagi, sebelum melangkah keluar ke peti undi. Bagaimanapun penolakan ini bukan bermakna mereka tidak menyokong BN. Tetapi hanyalah isyarat kepada Anwar dan PH bahawa cukuplah sekali menjadi kerajaan. Negara semakin tenat dan rosak oleh segelintir pemimpin dalam PH yang angkuh dengan menyifatkan seolah-olah "Ini Malaysia aku 1 orang yang punya". Ungkapan "Ini kerajaan kami, ikut suka kamilah" menyakinkan rakyat bahawa keangkuhan PH harus diberi pengajaran kerana mereka berkuasa adalah atas mandat rakyat.
Bukan setakat gagal menunaikan janji dan gagal memerintah negara, tetapi PH juga dilihat menindas rakyat dengan mengenakan cukai-cukai baharu, selain menaikkan kadar cukai SST daripada 6% kepada 8%. Cukai yang berlapis-lapis seperti SST ini benar-benar menyakitkan rakyat. Bahkan hutang negara yang semakin meningkat turut membimbangkan rakyat, memikirkan masa depan anak cucu yang bakal menanggung kesannya di masa akan datang akibat kegagalan kerajaan mengurus negara pada hari ini.
Terlalu banyak perkara yang membuatkan rakyat kecewa dengan PH Anwar antaranya;
- Penghapusan subsidi telur ayam mulai Ogos 2025.
- Pelantikan / pelanjutan jawatan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
- Kebebasan bersuara disekat.
- Kes terowong Pulau Pinang dengan skandal RM6.3 bilion bertahun masih siasat, tapi kes Mykiosk 'semalam siasat, hari ini umum keputusan - tiada elemen jenayah'.
- Buat video di TT tanya berkenaan laporan media antarabangsa - kerajaan arah syarikat telco serah data pengguna telefon - dapat surat peguam mewakili SKMM, suruh minta maaf 24 jam, padam video dan buat aku janji tak akan buat video sama lagi.
- Tol masih tidak dihapuskan.
- Hutang PTPTN masih tidak dimansuhkan.
- Meneruskan projek-projek mega cetusan idea BN-Najib Razak (dulu kata bazir wang rakyat, gadai negara kepada China etc).
- BR1M yang dikatakan dedak dan rasuah diteruskan, hanya tukar nama sahaja.
- Kamera AES diganti AWAS dan ditambah.
- Pelantikan politik diteruskan.
- Kontroversi 'Timbalan Presiden binti Presiden'.
- Kemarahan Rafizi Ramli.
Seperti yang SL katakan tadi, penolakan rakyat ini bukan kepada BN, tetapi kepada Anwar dan PH. Namun kesannya turut dirasai BN sekiranya mereka memilih untuk meneruskan kerjasama dengan PH pada PRU16 nanti.
Sekiranya BN bersama PN, maka keputusan yang diramal ialah gabungan itu menang dengan majoriti besar 2/3.
Namun jika masing-masing bergerak solo dengan tiga penjuru, BN vs PN vs PH, maka BN mempunyai peluang lebih besar untuk menang dan membentuk kerajaan dengan sokongan parti Sabah dan Sarawak (jalin kerjasama selepas keputusan PRU16 diperolehi).
SL juga meramalkan, kes-kes salahlaku dan penyelewengan kuasa akan dibuka selepas PH tumbang - sama ada BN atau PN yang menjadi kerajaan, demi membersih dan menyelamatkan Malaysia.
Suara Lensa
7 Julai 2025
No comments:
Post a Comment