Ramai yang sarkastik - inilah perpaduan rakyat Malaysia.
Betul, kita sebagai rakyat di bawah ini ok saja, boleh lepak di mamak, kopitiam, warung semeja walau berbeza agama dan bangsa.
Yang suka pecah belahkan kita tu orang politik. Sebab depa nak raih undi, raih sokongan terutama dari kaum masing-masing. Sebab tu mereka mahu jadi hero bangsa. Itu je cara paling senang untuk depa nampak popular.
Berbalik kes lelaki India main dengan perempuan Melayu di kubur Cina.
Ini bukan pasal perpaduan masyarakat semata-mata.
Tetapi ini juga bukti bahawa masyarakat kita sedang terhimpit dengan beban ekonomi tidak menentu.
Tiada lagi istilah malu apabila tergamak main secara terbuka. Jika ekonomi baik, sudah tentulah mereka check in hotel. Jika tidak hotel ada bintang, hotel bajet pun mereka tidak mampu.
Ya salah tetap salah. Lebih-lebih lagi mereka main di kubur, bak kata auntie yang rakam video mereka, "ini tempat orang sembahyang". Tempat elok tapi datang pasangan tersebut buat perkara tidak senonoh pula.
Moral of the story, sekarang zaman viral. Mana-mana tempat ada kamera. Berhati-hatilah dan jangan buat salah, jadi orang baik.

No comments:
Post a Comment