AdSense

Friday, June 20, 2025

Penjawat awam diugut : Jangan burukkan kerajaan, jika tidak kena buang kerja. Ya ini 'kebebasan bersuara' zaman PHDAP!




Surat siaran terbaru, 19 Jun 2025 dari JPA mengingatkan penjawat awam jangan ulas apa jua kelemahan dasar kerajaan. Nanti boleh dikenakan tindakan hingga dibuang kerja.


Ayat 'Tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja' di'bold'kan menunjukkan penegasan dan JPA serius dalam hal ini.


Peraturan ni bukan peraturan baru, sebaliknya ia adalah peraturan sejak 32 tahun lepas lagi. Senang kata, peraturan ini adalah 'akta lapuk', macam PMX pernah ucap 4 tahun lepas.





Ironinya, muka surat pertama (seperti ayat dalam kotak berwarna hijau) jelas bagitahu media sosial merupakan platform yang membolehkan agensi berkomunikasi dengan pantas.




Tapi muka surat kedua pula penjawat awam diingatkan agar tidak membuat apa-apa ulasan, bahkan tak boleh share pun pandangan pihak lain.

Kontra kan?


Saya setuju, mana-mana penjawat awam TIDAK BOLEH membuat kenyataan yang memburukkan kerajaan atau memudararkan dasar kerajaan.


Tapi kritikan membina patut dibenarkan. Kelemahan patut dibincangkan agar dapat diperbaiki. Hat ni patut benarkan.


Bagaimana kelemahan sesuatu dasar itu dapat dibaiki jika pelaksana dasar tidak dibenarkan menyatakan kelemahannya?


Alasan paling glamour yang digunakan sejak dulu ialah :


"Guna saluran yang betul. Kita ada saluran yang betul. Bukan guna media sosial"


Saluran yang betul itu tidak berkesan. Sebab tu orang menulis secara terbuka. Contoh mudah isu LINUS dahulu. Berkali-kali guru-guru buat aduan melalui saluran yang betul, melalui pegawai PPD dan jabatan, hasilnya apa?


Aduan di tong sampahkan dan guru yang buat aduan pula dikenakan surat tunjuk sebab dan kena kaunseling di PPD.


Contoh lain, bila silibus baru KSSR Semakan 2017 diperkenalkan, semasa guru-guru ditaklimatkan untuk silibus baru ini, guru-guru menyatakan bahawa ada bahagian dalam silibus ini tidak bagus, terlalu tinggi dan sukar dilaksanakan.


Pegawai PPD dan JPN hilang kata-kata nak berhujah dengan guru yang benar-benar berada di lapangan. Maka mereka hubungi penggubal silibus di BPK, Putrajaya untuk turun dan jelaskan sendiri pada guru.


Dan guru-guru bagitahu penggubal silibus itu sendiri tentang dapatan mereka setelah mengajar silibus baharu ini.


Apa tindakan bila guna saluran yang betul? Tiada apa tindakan. Tiada apa perubahan. Ia didiamkan hinggalah hal ini ditulis di media sosial, baru menteri respon dan akan buat Kurikulum Baharu 2027.


Teguran dibuat sejak 2018, selepas 10 tahun baru nak ubah. Berapa ramai kohort murid-murid terkesan kerana 'saluran yang betul' langsung tak memberi kesan ni.


Sama juga bila apa-apa aduan Sispaa dibuat. Itu adalah saluran paling betul. Tapi banyak kes diklasifikasikan sebagai 'Tidak berasas' dan aduan ditong sampahkan.


Namun sebaik aduan yang sama diviralkan, tiba-tiba ada siasatan yang telus dan ternyata aduan itu ada asasnya. Lalu ada tindakan dan perubahan.

Jika berharap semata-mata pada saluran yang betul, kebanyakan kes akan didiamkan.


Satu lagi, dalam akta yang sama juga menyebut, penjawat awam TIDAK BOLEH membuat apa-apa ulasan kelebihan dasar kerajaan. Dan TIDAK BOLEH memberikan apa-apa penjelasan.


Namun cuba perhati, cuba lihat, tak pernah ada satu orang pun dikenakan tindakan jika memuja muji dasar kerajaan. Apa lagi yang memberi penjelasan bagi pihak kerajaan macam Dr Radin bagi penjelasan 'MANDATORI' itu bermaksud Tidak wajib. 🤦


Ada tindakan dikenakan terhadap beliau tak? Tak ada. Padahal jelas melanggar Subperaturan 19(2) tu. Mungkin cikgu-cikgu boleh buat report Sispaa ke atasnya. Tengok ada tindakan ke tidak. 


Kalau puji, boleh je. Kalau sebut kelemahan (walau untuk penambahbaikan) sahaja akan dikenakan tindakan tatatertib.


Masalahnya kalau guru tak bercakap tentang kelemahan sistem pendidikan, takkan nak harap kat Mek Lijah penoreh getah yang bercakap dan bagi maklum balas?


Guru tu pelaksana dasar yang kerajaan buat. Mereka paling tahu apa kelebihan, apa kelemahan, apa perlu diperbetulkan. Namun jika suara mereka pun ditutup rapat, nak harapkan siapa lagi?


Contoh mudah, kita nampak ada kudis pada kaki anak murid. Tapi kita tak dibenarkan bagitahu kepada mak ayah murid itu. Maka kudis itu makin lama makin besar dan akhirnya menjadi barah. Tidak lagi boleh diubati hingga terpaksa potong kaki.


Begitulah analogi mudahnya.


Menutup mulut pelaksana dasar adalah tindakan yang akan merugikan kerajaan sendiri. Hasilnya, dah parah baru sedar. Sedangkan dari awal cuba diberi amaran.


Akhir sekali, saya setuju dengan kata-kata PMX 4 tahun nan lalu. Beliau mendesak kerajaan masa tu hentikan guna 'akta lapuk' yang menghalang kebebasan bersuara.


Hari ini, beliau menjadi Perdana Menteri. Dan diharap beliau mansuh akta lapuk yang boleh merugikan negara kita di masa akan datang.


Benarkan penjawat awam bersuara dengan adil dan matang untuk penambahbaikan.


Dan saya turut setuju jika penjawat awam sengaja nak memburukkan kerajaan, memfitnah, memang patut dikenakan tindakan.



Cuma raikan yang benar-benar ikhlas menegur demi kebaikan.


Kena bezakan mana yang memburukkan dan mana yang ikhlas dalam memberi teguran.


Begitulah.


Sumber;

Mohd Fadli Salleh

 

No comments:

Post a Comment