Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara menyatakan fatwa yang dibuat adalah sah setakat individu yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama sahaja.
Mahkamah tidak membuat keputusan terhadap kandungan fatwa tersebut kerana ia bukan bidangkuasa mahkamah sivil. Hanya yang berkait dengan syarikat pertubuhan atau institusi sahaja di luar bidangkuasa Respondents arahan terhadap KDN dan MCMC mengikut penghakiman majoriti 3-1.
Intipati:
1. Pembuatan fatwa mengikut Enakmen Pentadbiran tersebut adalah sah.
2. Fatwa hanya terhadap individu sahaja dan tidak terhadap syarikat SIS Forum Berhad.
3. Jika syarikat pertubuhan institusi hendak diambil tindakan ia perlu diambil mengikut kuasa agensi Persekutuan tersebut.
4. Mana mana individu yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan boleh diambil tindakan.
Sumber;
Tambahan daripada Zainul Rijal;
Letih juga nak jelaskan keputusan hari ini.
Cabaran adalah terhadap fatwa Selangor yang antara lain mengisytiharkan SIS Forum dan mana mana individu lain sebagai sesat.
Perayu juga mencabar pembuatan fatwa mengikut Enakmen Pendabiran Agama Islam Selangor. Mahkamah Persekutuan tidak memberi pendapat (dalam penghakiman ringkas) tentang fatwa perlu dibaca bersama Perlembagaan Persekutuan dan hak untuk didengar dll sebagaimana dihujah Perayu.
Fatwa tu masih diisytihar sah. Mahkamah tidak memberi pendapat tentang kandungan fatwa terhadap individu kerana ia kuasa yang sah.
Walau bagaimanapun keputusan majority putuskan adalah di luar bidangkuasa Jawatankuasa fatwa membuat fatwa terhadap bukan individu (syarikat pertubuhan atau institusi) atau mengarahkan agensi Persekutuan membuat sesuatu.
Takat itu sahaja keputusan majoriti putuskan.
Jadi fatwa tersebut sebahagiannya masih sah. Cuma kena 'jalan jauh sikit' untuk laksanakannya.
No comments:
Post a Comment