AdSense

Wednesday, May 30, 2018

HSR : BATAL ATAU TAK? KERAJAAN PENING LALAT


Pada 28 Mei 2018, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bangga dan lantangnya mengumumkan bahawa projek keretapi laju Malaysia-Singapura (HSR) sah dibatalkan.

Keputusan itu adalah muktamad katanya sambil membayangkan akan dikenakan penalti kira-kira setengah bilion atau RM500 juta. Kata negara banyak hutang tapi bersedia bayar pampasan RM500 juta? Lawak sial apakah ini?

Thursday, May 24, 2018

SPAD berjaya dalam objektifnya


Syabas dan tahniah buat pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atas segala usaha dan kejayaan yang dicipta dalam pembangunan serta penambahbaikan industri pengangkutan awam darat di Malaysia.

Thursday, May 17, 2018

Infografik laluan F100 myBAS Kuala Terengganu


Kenali laluan, F100 (Loop) yang membawa anda ke lokasi-lokasi utama seperti sekolah, klinik, hospital dan Pasar Payang yang terkenal, di bawah perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu.

Wednesday, May 9, 2018

Tuduhan tidak berasas sudah dijangka, saya tidak hairan, itu kempen nak jatuhkan Barisan Nasional - Nancy Shukri.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri sudah menjangka akan menerima pelbagai dakwaan dan tohmahan berhubung isu teksi di negara ini lebih-lebih lagi pada malam ini sebelum rakyat membuat keputusan memilih Kerajaan pada esok hari.

INGAT! Undi PH bermakna undi DAP. Nampak cool je Big Boss kat belakang tu.

Sekeping gambar ni sudah cukup menggambarkan organisasi sebenar Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Jika diamati sejak kempen bermula, jarang sekali pemimpin DAP kedepan. Mereka duduk dibelakang saja. Nama pun bos.

Sesekali saja keluarga Nga di Perak mencetus kontroversi dengan kelantangan menghina Mahathir yang disahkan sebagai kuda tunggangan DAP. Dalam masa sama selamba saja cakap Mahathir akan 'diludah' apabila DAP menang nanti. Sama seperti apa yang mereka buat kepada PAS.

Jangan lupa dalam DAP ada dua kem. Keluarga Lim dan Keluarga Nga. Namun dua kem dalam DAP bukan berpecah belah seperti kem Azmin dan Wan Azizah dalam PKR. Dalam DAP, Keluarga Nga pasti ada agenda tersendiri.

Sementara risikan penulis berpendapat keluarga Nga ada task tersendiri. Mereka dibiarkan mencetus kontroversi. Memberi ceramah kepada orang Cina, dalam bahasa Cina dan menerangkan perjuangan sebenar DAP. Erti kata lain DAP langsung tak memikirkan soal pengundi Cina dan bukan Islam. Mereka yakin 200% undi kelompok tersebut memihak kepada mereka.

Sedia maklum sasaran utama DAP sejak beberapa PRU lepas adalah pengundi Melayu dan luarbandar.

Teori mudah. DAP sampai kiamat pun tak boleh raih undi Melayu dan luarbandar. Sebab itu Mahathir diperkudakan sebaik mungkin. Dulu kerja ni PAS yang buat.

Tengoklah tataplah gambar ni. Mahathir menonjol di depan. Lim Kit Siang di belakang, tak perlu angkat tangan pun. Raut wajahnya sudah cukup menggambarkan kebengisan seorang bos. Mesej buat Mahathir, andai DAP gagal lagi menawan Putrajaya, nasibnya sama seperti PAS bahkan mungkin lebih teruk!

Manakala kita sebagai pengundi, usahlah memperjudikan permainan politik ini. Fikirlah dan buatlah pertimbangan bijak. Hanya satu saja yang perlu diingat, UNDI PH BERMAKNA UNDI DAP.

#pru14 #ge14 #kitapilihbiru #bersamaBN #HebatkanNegaraku

Tuesday, May 8, 2018

Orang mati dan kubur... Apa lagi Mahathir?


Fasa terakhir Mahathir berkempen... Terpaksa menggunakan orang yang sudah meninggal dunia seperti allahyarham Nik Aziz, Fadzil Nor dan Azizan MB Kedah untuk menjayakan task yang diberikan oleh DAP iaitu meraih sokongan pengundi Melayu pada PRU14.

Monday, May 7, 2018

Ahli Dedah Agenda Kotor Parti, DAP Dalam Bahaya?

Mungkinkah Kit Siang dan Guan Eng kini berada tidak senang duduk selepas salah seorang pemimpin Melayu DAP, Amran Ahmad mendedahkan parti itu memang sengaja mereka fitnah, melakukan kerja jahat untuk menjatuhkan kerajaan BN dan Najib Razak?

Apa tidaknya polis semalam mengesahkan satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat laporan Amran di bawah Seksyen 24 Kanun Keseksaan kerana propaganda berkenaan boleh menggugat keselamatan negara.

Jika PPBM sebelum ini berdepan dengan risiko pembubaran kerana kesilapan sendiri dalam mengemukakan dokumen berkenaan aktiviti parti, kini DAP pula mungkin berdepan dengan risiko yang lebih besar kerana kerja-kerja jahat parti. Jangan pula kata ini khianat dari pihak lawan sedangkan ahli sendiri yang buat laporan dan dedahkan!

#PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah

Sunday, May 6, 2018

#PRU14 : Kenapa pembangkang perlekeh projek infrarakyat?


Pembangkang cukup gemar menjadikan projek infrarakyat sebagai modal politik memburuk-burukkan Barisan Nasional.

Biasalah barangkali mereka sedar bahawa projek itu akan dapat memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Video Wee Ka Siong bukti pembela rakyat sebenar


Beliau bukanlah pemimpin bermusim. Hanya timbul pada musim pilihanraya. Tetapi beliau sentiasa ada bersama masyarakat saat suka dan duka.

Friday, May 4, 2018

SPAD turun padang Wilayah Utara


Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi SPAD, Pn Qamar Wan Noor dan pihak pengurusan SPAD telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Wilayah Utara pada Khamis, 3 Mei.


Kenapa anak allahyarham Nik Aziz tanding atas kerusi PH?



Dalam politik macam-macam boleh berlaku.

Ibarat kata dalam setandan pisang tak semuanya elok. Ada yang berlubang dimakan tupai.

Begitu juga dengan keluarga big bos PAS, allahyarham Nik Aziz. Anaknya Nik Abdul Aziz bersekongkol dengan Pakatan Pro DAP.

Wednesday, May 2, 2018

Pilih YB yang bukan setakat jaguh kampung tapi...


Musim pilihanraya ini adalah masa yang paling sesuai untuk memilih pemimpin. Pemimpin yang macam mana kita inginkan?

Pemimpin yang hanya hebat dalam kawasan tapi tenggelam bila dibawa keluar? Ibarat seekor harimau yang kuat ngaumannya dalam jajahan sendiri tapi mati dibaham bila melepasi garisan jajahannya.

DIVA AA CALON CONTOH PRU 14


Sebagai seorang pengundi, aku ni sekarang umpama seorang supervisor yang nak lantik orang masuk kerja. Pilihan raya adalah majlis temuduga kerja wakil rakyat.

Tuesday, May 1, 2018

#pru14 : Pakatan samseng tolak uncle 74 tahun dari pentas

Malam tadi di Yong Peng, Johor berlaku kejadian yang mendukacitakan dalam politik negara kita apabila budaya samseng dipraktikkan sehingga boleh menyebabkan kematian!

Semasa calon Barisan Nasional parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong berucap, berlaku kekecohan di atas pentas sehingga menyebabbkan seorang warga emas berusia 74 tahun ditolak sehingga jatuh dari pentas.

Beliau dikejarkan ke klinik berdekatan selepas mengadu sakit di bahagian kepala.

Kalau ye pun panas punggung pasal pendedahan Wee Ka Siong mengenai skandal terowong DAP Pulau Pinang, tak perlulah menggunakan cara keganasan ala samseng seperti ini!

Ini adalah negara demokrasi. Bukan lagi era kuku besi pemerintahan Mahathir yang boleh menyekat demokrasi. Bukan zaman Mahathir yang boleh menghumban musuh politik ke dalam penjara tanpa bicara!

PRU14 kali ini Pakatan Harapan diketuai DAP pasti dihukum rakyat dengan kekalahan yang lebih teruk!

Video : https://youtu.be/Rn2bdHeXq1k

#BersamaBN #HebatkanNegaraku #KitaPilihBiru #GE14 #PulangMengundi