AdSense

Friday, May 4, 2018

SPAD turun padang Wilayah Utara


Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi SPAD, Pn Qamar Wan Noor dan pihak pengurusan SPAD telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Wilayah Utara pada Khamis, 3 Mei.





Pada lawatan ini, rombongan SPAD telah meninjau kemajuan projek hab pengangkutan awam berintegrasi Penang Sentral, yang mempunyai kemudahan untuk bas, teksi, pengguna KTMB, dan feri.

Rombongan SPAD juga telah melawat Pusat Kawalan Bas (Bus Control Centre) Rapid Penang, yang memantau pergerakan semua bas yang dioperasikan oleh Rapid Penang, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd.

Pusat kawalan tersebut yang terletak di Pengkalan Weld mampu membantu Rapid Penang mengawal segala pergerakan bas di wilayah utara, termasuk bas Rapid Kamunting dan Rapid Manjung yang beroperasi di utara Perak.
















No comments:

Post a Comment