AdSense

Tuesday, May 1, 2018

#pru14 : Pakatan samseng tolak uncle 74 tahun dari pentas

Malam tadi di Yong Peng, Johor berlaku kejadian yang mendukacitakan dalam politik negara kita apabila budaya samseng dipraktikkan sehingga boleh menyebabkan kematian!

Semasa calon Barisan Nasional parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong berucap, berlaku kekecohan di atas pentas sehingga menyebabbkan seorang warga emas berusia 74 tahun ditolak sehingga jatuh dari pentas.

Beliau dikejarkan ke klinik berdekatan selepas mengadu sakit di bahagian kepala.

Kalau ye pun panas punggung pasal pendedahan Wee Ka Siong mengenai skandal terowong DAP Pulau Pinang, tak perlulah menggunakan cara keganasan ala samseng seperti ini!

Ini adalah negara demokrasi. Bukan lagi era kuku besi pemerintahan Mahathir yang boleh menyekat demokrasi. Bukan zaman Mahathir yang boleh menghumban musuh politik ke dalam penjara tanpa bicara!

PRU14 kali ini Pakatan Harapan diketuai DAP pasti dihukum rakyat dengan kekalahan yang lebih teruk!

Video : https://youtu.be/Rn2bdHeXq1k

#BersamaBN #HebatkanNegaraku #KitaPilihBiru #GE14 #PulangMengundi

No comments:

Post a Comment