Wednesday, May 2, 2018

DIVA AA CALON CONTOH PRU 14


Sebagai seorang pengundi, aku ni sekarang umpama seorang supervisor yang nak lantik orang masuk kerja. Pilihan raya adalah majlis temuduga kerja wakil rakyat.


Sebenarnya syarat-syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ni simple je, kau warganegara, berusia sekian-sekian, tak gila sampai level ikat ranting pokok kat kepala macam aku nampak kat Jalan Ipoh tadi, dan tak bankrap.

Syarat-syarat seperti bawak IC, pas SPR dan isi borang tu, tu formaliti. Benda ni macam kau bawak segala sijil-sijil kau untuk mohon kerja.

Yang dok bising kata tak wajib tak wajib bawak pas SPR tu tak faham apa itu formaliti. Rafizi bodoh tu tak pernah mintak kerja ke tak faham benda ni benda basic?

Lalu, aku terus memikirkan tentang seorang calon di DUN Selangor bernama Azwan Ali atau nama manjanya Diva AA. Sekali dengar, dia ni mental ke apa nak masuk bertanding? Dah tak laku ke sampai macam ni dia cari publisiti?

Tapi, lantak. Diva AA memenuhi segala syarat-syarat di atas, dan walaupun kau nak kata dia gila, at least dia belum lari bogel sambil bawak ranting kayu keliling Pudu macam aku nampak masa aku sekolah dulu.

Tentang formaliti, Azwan Ali takde la pakai necktie ke apa. Dia tetap dengan diva dia punya dressing. Tapi borang ke IC ke pas SPR, semua dia lengkapkan. Dan dia datang awal. Dia mungkin dah tahu dia akan kalah, tapi bak kata ayat keramat dia, "why bother, so what?"

Dan aku suka manifesto dia. Simple je. Dia kata kalau dia menang DUN Bukit Antarabangsa, dia nak masak rendang dan belanja semua pengundinya.

Mungkin kedengaran, "apa lancau setakat rendang je kau offer, nak rendang tunggu raya la. Takkan lima tahun aku nak makan rendang," - tapi, bagi aku, dia tahu kemampuan dia masak rendang, dia janji je lah masak rendang. Dia tak janji macam-macam, nak mansuh GST la, nak mansuh PTPTN la, nak bagi pendidikan percuma la, nak tangkap kleptokrat lah.

Aku pernah bercinta dengan banyak jenis orang. Aku perhatikan makwe yang selalu berjanji nak setia bagai nak rak tu la yang sebenarnya curang belakang, tau-tau je ada je lelaki sailang. Tapi, orang yang hu ha hu ha chill rilek ni yang setia sebenarnya.

Dan makwe hu ha hu ha chill rilek ni biasa tak janji macam-macam, dia janji benda yang dia boleh buat je.

Lalu aku perhatikan juga berlambak-lambak calon dari parti cap mata (atau bunga) yang diisytiharkan muflis. Aku perhati gambar mereka satu-satu. Ini semua muka pesen kontraktor kelas F yang dambakan kontrak kerajaan, lepas tu kecewa sebab kerajaan Najib tak bagi dia, lalu dia pergi ke pembangkang untuk dia mencuba nasib di 'lubuk' lain pula.

Kalau tak betul cakap aku, cuba tanya dorang kenapa dorang bankrap? Mesti sebab nak bayar hutang bank sebab dah sedap joli sakan sampai takde modal nak rolling.

Perjuangan rakyat kepala butoh. Orang macam si Adrian Lim atau Milo Suam je percaya pilihan raya ini medan untuk menegakkan keadilan. Bukan. Pilihan raya ialah medan temuduga kerja wakil rakyat. Wakil rakyat, sama ada ahli Parlimen atau DUN - adalah orang paling hampir dengan kuasa - untuk mendapatkan sumber wang. Wang dan kuasa ini bagai oksigen dan bahan api untuk menggerakkan enjin politik.

Aku seorang realist. Bagi aku, tak mungkin mana-mana pihak, baik Barisan, Pakatan atau Gagasan, atau Sosialis atau parti-parti lain akan mampu memenuhi segala kehendak 31 juta rakyat Malaysia. Aku akan memilih pihak mana yang paling stabil untuk memerintah negara ni. Peduli apa aku kalau aku dapat pemimpin jahat. Sebab aku percaya, kalau kau nak jadi ahli politik, kau kena tanam dalam hati buku The Art of War dan The Prince. Mungkin The Art of Deal untuk belajar menguntau.

Tapi apa yang aku faham dalam buku The Art of War karya Sun Tzu, ialah "strategy without tactics is the slowest route to victory. Tactics without strategy is the noise before defeat."

Apa yang aku nampak, PAS ni strategy without tactics, dan Harapan ialah tactics without strategy. BN pula taktik dan strategi dia simple - if you know the enemy and know yourself, you need no fear to battle hundred times.

Najib kenal la perangai Mahathir, Anwar macam mana. Sebab tu dia boleh buat rilek chill sambil tweet pasal burger nasi lemak.

Tapi kita bercerita tentang watak besar dalam cerita pilihan raya kali ini. Watak kecil - seperti Diva AA ni, lebih menarik perhatian aku berbanding watak besar ni.

Dia punya strategi, "bertindak mengikut kemampuan". Dia tahu dia memang pakar buat gosip panas liar Melodi amboi amboi amboi, dan dia faham politik makcik pakcik bawang dalam budaya Melayu pasca moden memang kuat.

Dia membawang je sudah cukup untuk swing sedikit undi di kerusi Bukit Antarabangsa yang menjadi port abangnya - Azmin untuk goyang. Kalah tu mungkin tak lah kot, tapi goyang, sebab dengan kes Adam Rosly rumah Disneyland tu lagi, dengan si Mat Lampir yang tak disukai akar umbi lagi, dengan sentuhan 'mulut laser' Diva AA je, Bukit Antarabangsa akan dimenangi pihak lain selain Azmin.

Diva AA bertanding bukan untuk menang, tapi untuk kalahkan abangnya. Dia tahu dia tak mampu untuk kalahkan abangnya dari segi bertumbuk, mahupun lawan politik satu lawan satu. Tapi dengan kerusi ini ditandingi lima penjuru pentagon ni - Diva AA bertindak mengikut kemampuan - untuk menjatuhkan abangnya. Kalau tak jatuh, goyang pun jadi.

Dengan memahami formaliti, dengan memahami strategi, serta tidak mengeluarkan manifesto yang melangit-langit, kalau aku pengundi di Bukit Antarabangsa, aku akan pangkah logo cap gajah dengan berlapang dada.

Sayangnya aku pengundi DUN Balakong - sekor beruk pun aku tak kenal. Tapi untuk DUN - aku memilih struktur yang lebih stabil untuk negeri Selangor - sebab kerajaan yang lakukan Langkah Kajang, tarik tali antara parti, rebut kerusi, presiden gaduh dengan timbalan presiden, serta dipenuhi dengan ahli parti yang bankrap bukanlah petanda kestabilan yang sebenar.

Tambahan pulak, pihak tu culas dalam hal sesimple-simple bawak IC, kaki dramatik macam Rafizi bodoh - adalah 'tactics without strategy, the noise before defeat'.

Sempena pilihan raya ini, aku menyeru untuk kau memilih kestabilan dari janji perubahan dari orang-orang yang tak tentu mana arahnya.

Memetik kata arwah Ezmira Sapiens - "hope is for the losers", maka janganlah kau berharap sangat bila keadaan tak menyebelahi kau.

Sebab tu aku tak suka nama Pakatan Harapan. Bunyi macam terlalu berharap. Berharap nak jadi Perdana Menteri, berharap nak pegang kuasa, berharap nak bayar hutang bank.

Jadilah Diva AA. Bertindak mengikut kemampuan.

Tulisan : Nome Nozwir

1 comment: