AdSense

Thursday, May 24, 2018

SPAD berjaya dalam objektifnya


Syabas dan tahniah buat pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atas segala usaha dan kejayaan yang dicipta dalam pembangunan serta penambahbaikan industri pengangkutan awam darat di Malaysia.


Tidak dapat dinafikan, kejayaan yang dilakar telah berjaya merubah landskap industri penting dalam negara ini.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2010, SPAD dilihat komited dalam menjalankan tanggungjawab termasuk kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan.

Pembaca boleh buat carian 'SPAD' dalam blog ini untuk mengetahui segala usaha yang dilaksanakan SPAD termasuk soal penguatkuasaan undang-undang.

Biarpun bekas Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar ada menyatakan pendirian bahawa SPAD tidak wajar dibubarkan, namun pihak kerajaan telahpun membuat keputusan.

Pasti tindakan kerajaan dibawah Pakatan Harapan ada alasan kukuh mereka membubarkan SPAD dan meletakkan ia dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Sedia maklum, kerajaan dibawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersungguh-sungguh untuk menghadkan kos pentadbirannya.

Harapan penulis agar industri pengangkutan awam di negara ini akan terus diperhebatkan lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment