AdSense

Thursday, May 17, 2018

Infografik laluan F100 myBAS Kuala Terengganu


Kenali laluan, F100 (Loop) yang membawa anda ke lokasi-lokasi utama seperti sekolah, klinik, hospital dan Pasar Payang yang terkenal, di bawah perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu.


Untuk makluman, myBAS Kuala Terengganu Fasa 1 berjaya disiapkan lebih awal. Secara tepatnya, perkhidmatan ini mula beroperasi pada 10 Mac 2018 baru-baru ini.

Tahukah pembaca, myBAS Kuala Terengganu ini merupakan antara program di bawah Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST)?

Memetik kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, laluan-laluan utama baru iaitu T102 dari Kuala Terengganu ke Jeti Merang dan T301 dari Kuala Terengganu ke Marang, bersama-sama laluan T202 (Kuala Terengganu – Bukit Payung) dan F100 (laluan pengantara Kuala Terengganu) yang telah mula beroperasi 1 Mac lalu, akan melengkapkan pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu, dengan jarak terkumpul hampir 100km.

Laluannya, T301 (Kuala Terengganu - Chendering (Uitm) - Marang)


Artikel berkaitan :

Pengurusan cekap : myBAS Kuala Terengganu beroperasi lebih awal daripada jadual
http://suaralensa.blogspot.my/2018/03/pengurusan-cekap-mybas-kuala-terengganu.html

No comments:

Post a Comment