Wednesday, May 9, 2018

INGAT! Undi PH bermakna undi DAP. Nampak cool je Big Boss kat belakang tu.

Sekeping gambar ni sudah cukup menggambarkan organisasi sebenar Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Jika diamati sejak kempen bermula, jarang sekali pemimpin DAP kedepan. Mereka duduk dibelakang saja. Nama pun bos.

Sesekali saja keluarga Nga di Perak mencetus kontroversi dengan kelantangan menghina Mahathir yang disahkan sebagai kuda tunggangan DAP. Dalam masa sama selamba saja cakap Mahathir akan 'diludah' apabila DAP menang nanti. Sama seperti apa yang mereka buat kepada PAS.

Jangan lupa dalam DAP ada dua kem. Keluarga Lim dan Keluarga Nga. Namun dua kem dalam DAP bukan berpecah belah seperti kem Azmin dan Wan Azizah dalam PKR. Dalam DAP, Keluarga Nga pasti ada agenda tersendiri.

Sementara risikan penulis berpendapat keluarga Nga ada task tersendiri. Mereka dibiarkan mencetus kontroversi. Memberi ceramah kepada orang Cina, dalam bahasa Cina dan menerangkan perjuangan sebenar DAP. Erti kata lain DAP langsung tak memikirkan soal pengundi Cina dan bukan Islam. Mereka yakin 200% undi kelompok tersebut memihak kepada mereka.

Sedia maklum sasaran utama DAP sejak beberapa PRU lepas adalah pengundi Melayu dan luarbandar.

Teori mudah. DAP sampai kiamat pun tak boleh raih undi Melayu dan luarbandar. Sebab itu Mahathir diperkudakan sebaik mungkin. Dulu kerja ni PAS yang buat.

Tengoklah tataplah gambar ni. Mahathir menonjol di depan. Lim Kit Siang di belakang, tak perlu angkat tangan pun. Raut wajahnya sudah cukup menggambarkan kebengisan seorang bos. Mesej buat Mahathir, andai DAP gagal lagi menawan Putrajaya, nasibnya sama seperti PAS bahkan mungkin lebih teruk!

Manakala kita sebagai pengundi, usahlah memperjudikan permainan politik ini. Fikirlah dan buatlah pertimbangan bijak. Hanya satu saja yang perlu diingat, UNDI PH BERMAKNA UNDI DAP.

#pru14 #ge14 #kitapilihbiru #bersamaBN #HebatkanNegaraku

1 comment:

  1. kpd org melayu yg beragama islam(shj) undilah sesapa saja asalkan bukan PH.. Apa yg org islam blh harapkan dr guan eng utk membela agama yg suci ini.. dr dulu lg niat mrk tak penah berubah.. kalimah Allah utk agama lain.. menentang ruu355 itu adlh sbhgn yg Allah bg petunjuk utk kita buat keputusan.. apapun alasan mrk utk menghalalkan perbuatan mrk itu tdk blh kita benarkan.. so bg yg sayang agama yg suci ini undilah dgn bijak bkn dgn emosi pikirkan apa yg kita pangkah itu nanti akan dipertanggungjawabkan jika kita tak blh nak berdakwah kesana kemari spt yg para sahabat lakukan jgnlah kita jd pemusnah kpd agama suci yg dibw oleh nabi Muhammad saw. negara ini sedang menuju perancangan Allah kearah negara yg aman makmur dan mendapat pengampunan dr Allah apabila 2 parti melayu Islam yg hebat blh bekerjasama.. ini amat ditakuti oleh puak2 kafir n munafikin

    ReplyDelete