AdSense

Friday, March 16, 2018

Mahathir nak bebaskan burung di hutan



Bagaimana cara bekas Perdana Menteri selama 22 tahun Tun Mahathir Mohamad untuk membebaskan 'burung' yang terdapat di dalam 'hutan'?

Baru-baru ini Mahathir yang kini berada dalam keluarga pembangkang diketuai DAP mengatakan mahu menyuburkan kebebasan bersuara atau kebebasan media di negara ini. Sedangkan semua maklum bagaimana cara Mahathir mentadbir 22 tahun sejak tahun 80an.

Bukan saja orang Malaysia bahkan masyarakat di seluruh dunia sedar dan mengetahui cara diktator Mahathir memerintah negara ketika 'era kegemilangannya' itu.

Tanya saja wartawan-wartawan otai yang ada di negara ini, apa akan berlaku sekiranya artikel yang ditulis mereka tidak kena pada selera Mahathir dan kroni?

Samada dikoyak, dibuang dalam tong sampah, diberi amaran dan paling dahsyat kena buang kerja! Ini bukan cerita kosong tapi realiti dan sejarah yang berlaku ketika zaman Mahathir. Pada masa itu tidak ada media sosial maka kisah-kisah benar ini tidak dapat untuk ditularkan.

Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak ketika membalas tulisan sampah Mahathir. Mudah saja, Salleh mempersoalkan kenapa ketika berkuasa dulu Mahathir tidak melakukannya?

Paling menarik, Salleh juga mengingatkan Mahathir tentang kewujudan ISA ketika zaman pemerintahan 22 tahun beliau. Mahathir mungkin lupa tapi majoriti rakyat Malaysia khususnya mereka yang pernah meringkuk dalam penjara tanpa bicara seperti Lim Kit Siang dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang lain.

Sekali lagi diulang, KENAPA MAHATHIR TAK LAKSANA KEBEBASAN BERSUARA DAN MEDIA KETIKA BELIAU BERKUASA?

Begitu juga pandangan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa yang banyak mempersoalkan cara pemerintahan Mahathir ketika berkuasa 22 tahun.

Pemerintahan Mahathir terbukti dengan cara dikatornya. Mahathir suka mencaturkan orang-orangnya atau kroni demi kepentingan peribadi.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menegaskan bahawa punca Mahathir menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana isu peribadi. Iaitu mahu meletakkan si anak Mukhriz Mahathir berada ditempat tertinggi dalam parti. Walaupun tidak disokong akar umbi. Jika tidak bagaimana seluruh ahli UMNO akar umbi di Kedah membuat usul tidak yakin dan percaya lagi kepada Mukhriz untuk memimpin Kedah?

Mahathir akan menggunakan apa saja cara demi menjayakan misi legasinya.

Sekarang pula adalah zaman pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jauh lebih demokrasi hinggakan portal pembangkang Malaysiakini antara yang popular. Selain lidah rasmi pembangkang seperti Roket Kini, Suara Keadilan, Harakah Daily bebas beroperasi tanpa sekatan.

Adakah akhbar pengkritik ini bebas ketika zaman pemerintahan Mahathir?

Belum lagi tengok status-status dan komen di media sosial yang mengkritik kepimpinan Najib dan Barisan Nasional secara terbuka. Adakah mereka dipenjarakan tanpa bicara seperti zaman Mahathir?

Kita sekarang sudah hidup dengan penuh demokrasi dan bebas. Kita bebas melakukan apa saja selagi tidak melanggar undang-undang. Kita semua ibarat burung yang bebas terbang ke mana saja. Kita bukan lagi burung di dalam sangkar ketika zaman Mahathir.

1 comment:

  1. cuba bayangkan jika 2 diktator memerintah negara dlm satu masa diktator madey n diktator Lim sorg dr china sorg dr india

    ReplyDelete