AdSense

Friday, March 16, 2018

Pengurusan cekap : myBAS Kuala Terengganu beroperasi lebih awal daripada jadual


Sepatutnya beroperasi pada hari semalam 15 Mac 2018 tapi disebabkan kecekapan urustadbir projek, myBAS Kuala Terengganu Fasa 1 berjaya disiapkan lebih awal. Secara tepatnya, perkhidmatan ini mula beroperasi pada 10 Mac 2018 baru-baru ini.

Tahukah pembaca, myBAS Kuala Terengganu ini merupakan antara program di bawah Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST)?

Memetik kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, laluan-laluan utama baru iaitu T102 dari Kuala Terengganu ke Jeti Merang dan T301 dari Kuala Terengganu ke Marang, bersama-sama laluan T202 (Kuala Terengganu – Bukit Payung) dan F100 (laluan pengantara Kuala Terengganu) yang telah mula beroperasi 1 Mac lalu, akan melengkapkan pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu, dengan jarak terkumpul hampir 100km.


Untuk makluman pembaca, sebanyak 11 bas mini berkapasiti 38 penumpang, telah disediakan bagi pelaksanaan Fasa 1 ini.

Sementara bagi mendapatkan maklumat terkini yang lebih terperinci mengenai perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu, orang ramai boleh melayari www.maralinergroup.my atau melalui Facebook.com/MARALinerSdnBhd atau Twitter @MaralinerGroup.

Sedia maklum, projek-projek infra rakyat seperti ini merupakan fokus utama kerajaan menerusi SPAD bersama beberapa agensi lain yang terlibat. Bila sebut rakyat, ianya sudah tentu projek yang dibuat dengan teliti dan baik secara keseluruhannya.

Ingat lagi tak projek MRT? Ia juga antara projek yang berjaya disiapkan lebih awal dan paling menarik, kos pembinaannya jauh lebih murah daripada kos anggaran. Sebanyak RM2 bilion berjaya dijimatkan!

Syabas dan tahniah buat seluruh agensi yang terlibat menjayakan projek infra rakyat ini khususnya kerajaan Malaysia dan SPAD.

No comments:

Post a Comment