AdSense

Monday, March 19, 2018

Anak beranak DAP angkat diri sendiri : Dulu Khalifah Umar Abdul Aziz, sekarang Ninja pula


Masa masuk kampung menagih sokongan orang Melayu dan Islam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memuji diri sendiri dengan menganggap bahawa pentadbirannya adalah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Terpukaulah makcik pakcik di kampung mendengarnya, tanpa memahami dengan jelas agenda tersembunyi Guan Eng yang sekadar mengaburi minda masyarakat.

Kononnya Guan Eng mengamalkan kebebasan bersuara. Karut! Hakikat menyedari bahawa Guan mengamalkan pemerintahan kuku besi dan gemar menyekat kebebasan bersuara.

Sejarah tidak boleh dipadam.

Pada Oktober 2014, Guan Eng telah menggantung ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), yang juga Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim hanya kerana berbeza pendapat. Adakah ini kebebasan bersuara bagi Guan Eng?

Sebelum itu pada Jun 2013, wartawan Utusan Malaysia Firdaus Ismail pernah mengadakan protes dihadapan DUN Pulau Pinang kerana disekat daripada membuat liputan. Adakah ini maksud kebebasan bagi Guan Eng?


Dari Khalifah Umar kepada Ninja.

Baru-baru ini bapa kepada Guan Eng merangkap Big Boss DAP iaitu Lim Kit Siang panas punggung bila anaknya diserang bertubi-tubi oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berhubung skandal terowong dasar laut Pulau Pinang RM6.34 bilion.


Marah betul Kit Siang sampaikan gelarkan Wee sebagai 'pembunuh ninja'. Erti kata lain Kit Siang hendak kata anaknya Guan Eng adalah seorang ninja?

Ini lagi gelagat sarkas pemimpin DAP. Mereka sudah 'mati kutu' untuk menjawab isu sebenarnya.

Wee Ka Siong dalam satu kenyataan medianya semalam selamba menyindir dua beranak Guan Eng dan Kit Siang.

"Kenyatan terkini Lim Guan Eng menyebut kononnya saya perlu berhenti dengan ‘penipuan pengecut dan cari kebenaran dari fakta’ berkaitan Terowong Pulau Pinang.

"Beliau sendiri yang enggan berdebat dengan saya mengenai terowong ini dan menggelar saya pengecut?

"Dan bagaimana saya hendak mencari kebenaran dari fakta, ketika Ketua Menteri sendiri enggan berdebat dengan saya secara terbuka untuk membolehkan masyarakat membezakan antara kebenaran dan pembohongan?

"Guan Eng sepatutnya lebih berani disebalik bapanya mengeluarkan kenyataan mendakwa saya adalah ‘pembunuh ninja.’

"Saya boleh sahkan kepada Guan Eng, sepanjang hidup ini, saya tidak pernah menerima sebarang latihan untuk menjadi Ninja atau menjadi pembunuh."

No comments:

Post a Comment