AdSense

Tuesday, March 20, 2018

SPAD bukti kejayaan transformasi pengangkutan awam Malaysia


Pada 6 Mac 2018, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah membentangkan Laporan Semakan Tahunan 2017.

Untuk makluman, laporan setebal lapan muka surat bertajuk 'Menyentuh Kehidupan Menghubungkan Masyarakat' itu menyemak semula prestasi semua perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Berikut Suara Lensa siarkan point-point penting yang berjaya dicapai :

BILANGAN PENUMPANG REL DAN BAS DI LEMBAH KLANG / GREATER KUALA LUMPUR :
Tahun 2016 : 1,162,717
Tahun 2017 : 1,206,111
Nota : Peningkatan 3.7%

PENGGUNA REL BANDAR :
Meningkat 7.5%
Faktor peningkatan ialah pembukaan penuh MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51KM.

PENGGUNA LRT JAJARAN KELANA JAYA :
Tahun 2016 : 254,854
Tahun 2017 : 272,684
Nota : Peningkatan 7.0%

REL ANTARA BANDAR ETS KTM :
Tahun 2016 : 17,367
Tahun 2017 : 19,835
Nota : Peningkatan 14.2%
(Pada masa kini, perkhidmatan ETS merupakan mod pengangkutan antara bandar yang popular dan sebanyak RM1.1 bilion telah diperuntukkan bagi membeli 19 tren ETS baharu menjelang 2019)

GoKL BUS :
Tahun 2016 : 51,812
Tahun 2017 : 63,218
Nota : Peningkatan 26.6%
(Perkhidmatan percuma di ibu kota)

BUS RAPID TRANSIT (BRT) SUNWAY
Tahun 2016 : 5,382
Tahun 2017 : 7,244
Nota : Peningkatan 34.6%

INDEKS KEPUASAN PELANGGAN :
Tahun 2016 : 84% responden berpuas hati.
Tahun 2017 : 90% responden berpuas hati.
Nota : Peningkatan 6.0%
(Semakin ramai pengguna yang berpandangan pengangkutan awam menawarkan mereka kaedah yang berkesan dan kos efektif untuk bergerak.)

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Moh Azharuddin Mat Sah, ini adalah bukti kejayaan usaha kerajaan dalam usaha menambahbaik sistem pengangkutan awam negara.


"Kami bangga mengumumkan pencapaian positif ini dan kami boleh lihat semua projek pengangkutan seperti MRT (Transit Aliran Mass), Rel Berkelajuan Tinggi serta perkhidmatan bas dan tinjauan kami menunjukkan kami di landasan yang betul."

Bagaimanapun, Mohd Azharuddin berkata beberapa perkhidmatan pengangkutan mengalami penurunan penumpang disebabkan kerja-kerja menaik taraf termasuk perkhidmatan komuter KTM yang menyaksikan kemerosotan 14.5 peratus susulan projek pemulihan Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang menjejaskan kekerapan tren.

Monorel juga mengalami trend menurun pada 2017 dengan kemerosotan 23.5 peratus susulan pemberhentian perkhidmatan set tren lima gerabak.

Mengenai perkhidmatan teksi, Mohd Azharuddin berkata pada tahun lepas, 1,200 pemandu teksi yang layak menerima permit teksi individu dan seramai 581 pemandu menerima geran kerajaan RM5,000 untuk membeli teksi mereka sendiri.

SPAD juga sedang menunggu Jabatan Pengangkutan Jalan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 tahun ini agar suruhanjaya itu dapat mengawal selia sepenuhnya sektor e-hailing merangkumi operator, pemandu dan kenderaan, kata Mohd Azharuddin.

Beliau berkata suruhanjaya akan melancarkan perancang perjalanan pada suku keempat dan melaksanakan sistem tiket bersepadu menjelang 2019 yang akan menjadikan transit lebih lancar, bagi menarik lebih ramai penumpang.

SPAD juga menyemak semula rangka kerja Pusat Kecemerlangan Rel Negara yang akan ditubuhkan bagi menyokong pembangunan tenaga kerja mahir untuk industri rel.

Selain itu, SPAD juga akan memulakan proses Permohonan Cadangan dalam usaha melaksanakan sistem perkhidmatan trem di Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment