AdSense

Wednesday, March 21, 2018

Murid kesayangan cerita perangai sebenar Mahathir


Dr Mahathir Mohamad bukanlah nama kecil, bukan juga nama asing bagi negara Malaysia dan juga seluruh pelusuk dunia.

Ketika era pemerintahannya, Mahathir sentiasa kelihatan segak, bergaya dan hero. Bagai Superman Malaysia. Beliaulah penyelamat, pejuang, pembela kepada semua benda.


Penulis tidak layak untuk menceritakan siapa sebenarnya Mahathir kerana ketika era pemerintahannya, penulis tidak terlibat secara 100% dalam pentadbirannya. Malah penulis juga tidak berkesempatan untuk berkhidmat ketika beliau bergelar Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Namun hari ini, tampil seorang bekas anak murid, anak didik, pelajar kesayangan dan pengikut fanatik Mahathir. Menceritakan detik-detik manis dan kenangan terindah ketika pemerintahan Mahathir.

Bukan orang jauh, tapi orang yang dekat dan rapat dengan Mahathir. Orang yang pernah berada dalam kabinet Mahathir. Orang yang menjadi menteri ketika negara ditadbir Mahathir.

Beliau ialah Tan Sri Annuar Musa. Kini menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Foto Berita Harian
Annuar mengupas satu persatu nostalgia era Mahathir. Nostalgia yang tidak mungkin terpadam dalam memori.

Ketika Mahathir berada di puncak kegemilangan dibawah panji parti keramat UMNO, Annuar hanyalah seorang pemimpin kecil yang menerajui kelompok mahasiswa. Pada saat itu, beliau terlalu menggila, fanatik dan taksub pada Mahathir.

Setelah berakhir zaman mahasiswa, Annuar menceburi bidang politik dan ternyata keputusannya itu berjaya sehingga berada dalam kabinet Mahathir.

Segala benda Annuar yang kini merupakan Ahli Parlimen Ketereh itu sanggup bergolok gadai berkorban demi Mahathir.

Ketika sejarah pergaduhan Mahathir dengan Tengku Razaleigh (Ku Li) merebut kerusi tertinggi UMNO, Annuar sanggup membuang semangat kenegeriannya. Sehingga digelar pariah dalam politik Kelantan kerana tidak menyokong Ku Li (pemimpin Kelantan).

Hari berganti bulan, bulan berganti tahun.

Berlakunya peristiwa kurang kepercayaan ahli UMNO dan masyarakat terhadap parti keramat itu. Pada ketika itu Annuar bergerak sebagai pemimpin underground, pemimpin yang berada dalam kalangan akar umbi. Maklumat-maklumat yang diperolehi Annuar dibawa kepada Mahathir dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri pak-pak menteri yang lain.

Apa cara untuk memperbetulkan UMNO pada ketika itu? Bagi Mahathir, UMNO sedang berdepan dengan masalah.

"Orang tidak benci pada UMNO tapi benci you."

Begitulah kata-kata Annuar bersandarkan kepada kehendak akar umbi. Annuar hanya memberitahu perkara sebenar sedangkan lain-lain menteri ketika itu hanya menceritakan benda-benda yang baik saja atau bahasa mudah difahami, masing-masing hanya menjilat. Takut memberitahu keadaan sebenar, realiti pada ketika itu.

Bermula dari situ, Annuar telah menerima dugaan yang tidak disangka-sangka. Tekanan yang datang bagai satu malapetaka dahsyat.

Sampaikan Musa Hitam yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pernah berkata kepada Annuar, "hati-hati, saya pernah mengalaminya."


Sunggup 'deep' kata-kata itu. Annuar tidak menyangka apa yang dilakukan itu (menasihati Mahathir berundur) menyebabkan hidupnya gelap gelita.

Ada yang datang berjumpa Annuar meminta beliau berundur daripada politik dan letak jawatan yang dipegang. Ada yang menyuruh Timbalan Annuar menentangnya dan bermacam-macam lagi 'dugaan' hadir dalam hidup Annuar.

Namun pendirian Annuar tidak berubah. Beliau yang dulu begitu taksub pada Mahathir terpaksa mengakui bahawa Mahathir bukanlah Nabi dan bukan juga Malaikat yang tidak melakukan dosa. Beliau bukan maksum. Beliau adalah seorang manusia.

Di sini Annuar sedar bahawa Mahathir mengamalkan politik diktator dan 'one man show'. Erti kata lain, hanya Mahathir seorang saja yang betul. Sesiapa yang menentang dan bercanggah pendapat dengannya, pasti menerima 'hukuman'. Bahkan Mahathir sering bergaduh dengan ramai orang. Tak kira siapa termasuk sultan, menteri dan timbalannya sendiri! Inilah cara autokratik, 'always do it my way'.

Annuar yang bercakap dalam forum media sosial Utusan Melayu, Sembang Online bertajuk : Pembangkang Terpalit Sejarah Kelam Mahathir, semalam turut membawa penonton mengimbau kembali zaman Mahathir.


Lihat saja bagaimana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk menyekat demokrasi dan kebebasan bersuara. Berapa ramai pemimpin pembangkang disumbat ke dalam penjara tanpa bicara.

Selain itu, Mahathir mahu dilihat sebagai hero Malaysia biarpun tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Beliau mahu mencatur setiap Perdana Menteri selepasnya. Lihat bagaimana tekanan yang menimpa Pak Lah suatu masa dahulu. Pak Lah dilabel Perdana Menteri kuat tidur dan amalkan rasuah namun sehingga hari ini Pak Lah tidak pernah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan rasuah!

Sedia maklum, semua orang tahu bahawa Pak Lah 'gagal' meletakkan Mukhriz (anak Mahathir) di kerusi teratas parti. Sebaliknya menantu Pak Lah iaitu Khairy Jamaluddin yang baru tamat pengajian di luar negara lebih diminati akar umbi.

Latar belakang pendidikan, personaliti dan pemikiran KJ jauh lebih hebat berbanding pemimpin pemuda yang lain. Ternyata keputusan akar umbi parti yang meletakkan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah keputusan tepat.


Lihat saja bagaimana hebatnya aura KJ dan berjayanya beliau memimpin Pemuda dan Kementerian Belia dan Sukan ketika ini. 'Tall, Dark, Handsome' dan 'Abah' ini begitu digilai masyarakat khususnya anak muda. Realiti yang tidak dapat disangkal sesiapa termasuk Mukhriz sendiri.



Hari ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menerima nasib sama seperti Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein On, Musa Hitam, Ku Li, Anwar Ibrahim dan Pak Lah.

Bertubi-tubi serangan dihalakan kepada Najib dan keluarganya. Hanya kerana Najib akur kepada kehendak ahli UMNO peringkat akar umbi yang tidak memilih anak Mahathir iaitu Mukhriz menduduki kerusi tertinggi parti. (Pak Lah ditumbangkan kerana tak angkat Mukhriz. Dengan harapan PM baru ganti Pak Lah dapat menjayakan misi Mahathir iaitu meletakkan anaknya Mukhriz berada dalam kepimpinan tertinggi parti.)

Tetapi Najib bukanlah seperti Mahathir yang mampu mencatur segala benda termasuk kepimpinan parti. Najib lebih demokrasi dan tidak suka pada cara diktator. Malah Najib tidak menggunakan kaedah Mahathir - One man show. Najib lebih suka guna perkataan 'kami, kita' berbanding Mahathir yang menggunakan perkataan 'saya'.

TN50 misalnya, merupakan antara contoh keterbukaan Najib. Bagi beliau, Malaysia ini bukan milik seseorang pemimpin sepenuhnya. Sebaliknya ia milik semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mencorakkan negara sendiri kerana pemimpin datang dan pergi.


TN50 juga menggunakan konsep dari bawah ke atas. Bukan seperti era Mahathir yang banyak 'mengarahkan' rakyat bawahan atau konsep dari atas ke bawah. Mahathir gemar mencatur segala benda kerana baginya hanya beliau seorang saja yang betul.

Ya, Mahathir berjaya memacu Malaysia ke arah pemodenan. Era kegemilangan Mahathir tidak boleh kita nafikan. Tapi Mahathir adalah pemimpin yang sesuai pada zamannya. Mahathir tidak relevan pada zaman yang demokrasi seperti hari ini. Mahathir tidak boleh guna ISA untuk kekal berkuasa. Mana-mana pemimpin yang menyekat demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan media pasti ditolak mentah-mentah oleh masyarakat.


Dalam masa sama ketika era Mahathir, beliau hanya pandang benda-benda yang besar saja. Menjayakan taukeh-taukeh besar hingga aspirasi golongan berpendapatan rendah terabai, bidang pertanian tidak difokuskan, masyarakat luar bandar bagai dianak tirikan. Mahathir hanya bernafsukan kepada sesuatu yang besar. Inilah cara Mahathir mencipta nama dan legasinya.

Berbeza dengan zaman sekarang. Zaman ini bukan lagi zaman One man show. Majoriti rakyat Malaysia berhak bersuara dan melontarkan pandangan masing-masing dalam usaha membangun serta memajukan negara. Ia selari dengan cara Najib yang lebih suka mendengar dan mendahulukan rakyat.


"Saya orang Mahathir tapi saya menyokong kepimpinan Najib kerana beliau pemimpin yang sesuai pada zamannya." - Annuar Musa.

#BarisanProRakyat #BetterNation

SUARA LENSA
21 Mac 2018

No comments:

Post a Comment