Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Rafizi Ramli dan pimpinan parti Keadilan Rakyat, PKR perlu muhasabah diri dan bertaubat.
Dalam kita bercakap soal intergriti, ketetapan pendirian, golongan parti pembangkang ini haruslah mempunyai sikap yang bertanggungjawab.
Anwar masa mahkamah tinggi melepaskannya daripada pertuduhan liwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari, kelihatan begitu gembira dan teruja malah memuji hakim dan mahkamah. Namun reaksi beliau mula berubah 300% apabila Saiful menang dalam kes rayuan, dalam kes sama. Anwar mula menuding jari kepada parti pemerintah Barisan Nasional. Katanya mahkamah dijadikan perkakas UMNO, BN dan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Penyokong taksub Anwar pula percaya bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditindas, dizalimi. Inilah reaksi mereka apabila keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka. Semua orang dipersalahkan.
Azmin pula merupakan orang kanan yang paling berperanan untuk menghasut rakyat membela Anwar yang kononnya dizalimi. Azmin dengan terang dalam ceramah ketika Himpunan Reformasi 2.0, sebelum hari pengundian pada 23 Mac di Kajang, dengan angkuh mengajak rakyat ke jalanraya. Malah beliau juga mengugut supaya mana-mana pihak tidak menyentuh dam memenjarakan jasad Anwar waima untuk satu hari. Walhal mahkamah menerusi panel 3 hakim memutuskan bahawa Anwar didapai bersalah meliwat Saiful dan mengenakan hukuman penjara selama 5 tahun. Inilah yang berlaku dalam parti pembangkang, PKR terutamanya. Hati mereka sentiasa diselubungi riak seolah-olah mampu berbuat apa apa sahaja dan perasaan ingin memberontak, menjerit melolong di jalanan untuk menunjuk perasaan. Mana-mana keputusan yang menyebelahi mereka, OK. Jika sebaliknya, TIDAK OK.
Plot penceritaan sama melibatkan Pengarah Strategi parti Rafizi Ramli. Pendedahan yang paling hebat pernah dibawa oleh Ahli Parlimen Pandan ini adalah berkaitan dengan isu BAFIA. Apa itu BAFIA? Pembaca mungkin sudah tahu, kalau tak tahu, searchlah.. Apa yang menarik, Rafizi mampu 'menyelongkar' dan lelaki ini masih bergerak bebas dengan gembira, sekalipun melanggar undang-undang. Terdapat perundangan mahkamah dijalankan ke atas Rafizi namun hari demi hari kes ini dilihat sudah sejuk. Adakah kes ini dilupuskan dek kerana Rafizi kini memegang kuasa sebagai seorang Ahli Parlimen?
Kesimpulannya, apa-apa hal melibatkan sistem perundangan, badan kehakiman negara dilihat BOLEH dipergunakan oleh individu yang ada jawatan, kuasa dan pangkat, adakah benar? Kerana rakyat kini sedang melihat situasi ini sedang berlaku. Bagaimana dan apa pula yang berlaku sekiranya Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Rafizi Ramli ini hanyalah seorang insan biasa atau rakyat marhaen?
TAKE 5!