Wednesday, April 23, 2014

TANPA BERSELINDUNG. Malaysia diserang?


Apa sudah jadi?
Lepas satu, satu masalah timbul dalam negara kita...


Bermula isu penerbangan MAS menerusi pesawat MH370 yang dilapor hilang yang sehingga hari ini masih dalam misi mencari dan menyelamat, disusuli pula dengan insiden pesawat MH192 yang dalam penerbangan ke Bangalore, India yang terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas. Kenapa sebelum ini jarang kedengaran berita sebegini? Kenapa hanya diwaktu-waktu ini, cubaan disabotaj?


Terbaru, insiden melibatkan kawasan pengairan kita dimana lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi semalam.


Dalam 3 insiden tersebut jelas negara yang terlibat adalah China, India dan Jepun. Maka ia sekaligus menunjukkan seolah-olah ikatan diplomatik 3 negara berkenaan dengan Malaysia cuba di renggangkan.

Ini serangan hebat yang perlu ditempuh negara, serangan secara terang-terangan ini dilihat sengaja mahu menguji kerajaan pemerintah bahkan cuba mencetuskan perang besar antara Malaysia dengan negara luar.

Apa yang berlaku sehingga April 2014 ini ialah, negara kita sedang diuji dan diancam!

2 comments:

  1. Ia itulah yang sedang dihadapi oleh Malaysia sebelum lawatan obama ke malaysia .Obama membawa musibah kenegara kita .Ancaman dari dalam juga sekian meningkat .Adakah negara kita akan terjerat didalam permainan ini.Negara memerlukan kepimpinan yang kuat dan tegas.Kita memerlukan seorang PM yang tahu untuk memintas dan mematahkan ancaman ini dengan cara yang bijak agar negara tidak tunduk dan ditadbir dibawah telunjuk orang atau negara luar.Tangkaplah perancang nya dengan apa cara sekali pun .Jangan biarkan beliau bebas dan dengan sewenang wenangnya berbuat onar dan menghasud rayaat.enough is enough stop all this .

    ReplyDelete
  2. http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

    LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete