AdSense

Wednesday, April 9, 2014

BETUL KE? Ada Duit, Jawatan dan Kuasa Boleh Buat Apa Sahaja Termasuk Perlekeh Mahkamah?


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Rafizi Ramli dan pimpinan parti Keadilan Rakyat, PKR perlu muhasabah diri dan bertaubat.
Dalam kita bercakap soal intergriti, ketetapan pendirian, golongan parti pembangkang ini haruslah mempunyai sikap yang bertanggungjawab.

Anwar masa mahkamah tinggi melepaskannya daripada pertuduhan liwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari, kelihatan begitu gembira dan teruja malah memuji hakim dan mahkamah. Namun reaksi beliau mula berubah 300% apabila Saiful menang dalam kes rayuan, dalam kes sama. Anwar mula menuding jari kepada parti pemerintah Barisan Nasional. Katanya mahkamah dijadikan perkakas UMNO, BN dan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Penyokong taksub Anwar pula percaya bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditindas, dizalimi. Inilah reaksi mereka apabila keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka. Semua orang dipersalahkan.


Azmin pula merupakan orang kanan yang paling berperanan untuk menghasut rakyat membela Anwar yang kononnya dizalimi. Azmin dengan terang dalam ceramah ketika Himpunan Reformasi 2.0, sebelum hari pengundian pada 23 Mac di Kajang, dengan angkuh mengajak rakyat ke jalanraya. Malah beliau juga mengugut supaya mana-mana pihak tidak menyentuh dam memenjarakan jasad Anwar waima untuk satu hari. Walhal mahkamah menerusi panel 3 hakim memutuskan bahawa Anwar didapai bersalah meliwat Saiful dan mengenakan hukuman penjara selama 5 tahun. Inilah yang berlaku dalam parti pembangkang, PKR terutamanya. Hati mereka sentiasa diselubungi riak seolah-olah mampu berbuat apa apa sahaja dan perasaan ingin memberontak, menjerit melolong di jalanan untuk menunjuk perasaan. Mana-mana keputusan yang menyebelahi mereka, OK. Jika sebaliknya, TIDAK OK.




Plot penceritaan sama melibatkan Pengarah Strategi parti Rafizi Ramli. Pendedahan yang paling hebat pernah dibawa oleh Ahli Parlimen Pandan ini adalah berkaitan dengan isu BAFIA. Apa itu BAFIA? Pembaca mungkin sudah tahu, kalau tak tahu, searchlah.. Apa yang menarik, Rafizi mampu 'menyelongkar' dan lelaki ini masih bergerak bebas dengan gembira, sekalipun melanggar undang-undang. Terdapat perundangan mahkamah dijalankan ke atas Rafizi namun hari demi hari kes ini dilihat sudah sejuk. Adakah kes ini dilupuskan dek kerana Rafizi kini memegang kuasa sebagai seorang Ahli Parlimen?



Kesimpulannya, apa-apa hal melibatkan sistem perundangan, badan kehakiman negara dilihat BOLEH dipergunakan oleh individu yang ada jawatan, kuasa dan pangkat, adakah benar? Kerana rakyat kini sedang melihat situasi ini sedang berlaku. Bagaimana dan apa pula yang berlaku sekiranya Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Rafizi Ramli ini hanyalah seorang insan biasa atau rakyat marhaen?

TAKE 5!

4 comments:

  1. Betui la..ada kuasa semua bole jalan..tgk la si bapok tua, Nuar Al Jubor tu...bila jtuh hukum kata dia x slah senyum meleret....bila kata salah maki hamun, kata mcm2..walhal sape yg politikkan isu kesalahan dai mejubo? melainkan dia sendiri la...Klu dah mat jubo tu mat jubo jugak la....

    ReplyDelete
  2. Maaf cakap la..memang kerajaan BN hari ni memang penakut dan sangat takut dengan pembangkang..memang patut kalau pembangkang memerintah..kita tenguk macamana pembangkang akan memenjarakan pemimpim BN yang terang terang penakut..jadi ayam jantan yang pandai berkokok aje dan jadi anjing yang pandai menyalak..orang baling batu lafi lintang pukang...

    ReplyDelete
  3. kami rakyat marhain memang dah naik muak dengan laungan dan amaran yang dibuat tetapi tindakan ciput aje...tolong lah wahai pemimpin BN dan para penguatkuasa undang undang..jangan lah sampai rakyat yang menyokong kerajaan BN naik benci dan akan mengakibatkan menyokong pembangkang...tolonglah tolonglah tolonglah...sampai bila lagi hendak dibiarkan mereka yang mempunyai kedudukan bermaharajalela di tanah air tercinta ini....

    ReplyDelete
  4. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    ReplyDelete