Thursday, November 24, 2022

Jilat Zahid, UMNO dalam bahaya


Memelihara institusi Presiden dan taksub kepada Presiden adalah dua perkara berbeza.

Seorang Presiden memikul amanah yang besar dalam membawa hala tuju parti, termasuk dalam memperkasa parti dan menjaga kebajikan ahli-ahli parti.

Zahid, selaku Presiden UMNO dilihat tidak mengutamakan kepentingan parti, tidak mendengar suara akar umbi parti. Sebaliknya menyusun 'orang-orang' sendiri, barangkali demi kepentingan peribadi.

Perpecahan mula timbul apabila Zahid yang memiliki kuasa memberi watikah pencalonan mencatur nama-nama orang sendiri dan mengabaikan suara akar umbi. 

'Bayarannya', kerusi-kerusi yang UMNO BN boleh menang, berjaya dirampas parti lawan. Sekali gus menyaksikan UMNO BN tewas pada PRU15 dengan memiliki hanya 30 kerusi, TERBURUK DALAM SEJARAH UMNO BN.

PRU14 pun tewas, tapi setidak-tidaknya dapat 79 kerusi. Namun, Presiden UMNO dan Pengerusi BN ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat lebih profesional dan berlapang dada apabila melepaskan jawatannya.

Apa kata beliau?

"Saya dengan yang amat berat meletakkan jawatan serta-merta ini mengikut prinsip moral sesiapa jadi ketua dan gagal dalam pilihan raya perlu bertanggungjawab.

"Saya terima keputusan ini dengan moral dengan hati terbuka, "

3 hari selepas BN tumbang, Najib umum letak jawatan. 

Dengan kuasa Allah, Najib yang dihina kini dipuji dan diangkat sebagai individu hebat oleh segenap lapisan masyarakat. Ke mana saja dia pergi, pasti dikerumuni ramai orang.

Popularitinya bertambah, walaupun dipenjara, nama beliau masih disebut dan dirindui.

Ramai yang yakin beliau tidak bersalah, dianiaya oleh musuh politik. Sebab itu auranya merebak ke seluruh negara walaupun jasadnya dipenjara.

Berbeza dengan Zahid yang kini berdepan kes di mahkamah.

Ramai mendesaknya letak jawatan namun beliau dilihat masih angkuh dan sombong. Tatkala beliau hanya menang majoriti 348 undi sahaja di Bagan Datuk.

Antara yang desak beliau letak jawatan;

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi

Akar umbi UMNO

Noh Omar 

Nazri Aziz

KJ

Ketua Penerangan UMNO

Pemuda Umno Seremban

Wanita UMNO Wilayah Persekutuan

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad

Veteran UMNO Perak

EXCO Pemuda UMNO

Pemimpin akar umbi UMNO

Sikap angkuh Zahid yang dilihat cuba mengheret UMNO, menunjukkan betapa terdesaknya beliau yang kini berdepan kes mahkamah.

Pemimpin bersilih ganti.

Apakah UMNO mahu terkubur dengan adanya ketua seperti Zahid?

Atau UMNO mahu dilihat berprinsip, lebih remaja dan tiba masanya dikemudi oleh pelapis-pelapis baharu yang berwibawa, bersih, profesional dan memiliki idea segar seiring perubahan lanskap politik serta menepati citarasa pengundi muda yang menguasai Malaysia ketika ini.

Ahli UMNO, kuasa di tangan anda! Parti ini bukan milik individu, bukan milik Zahid. Tapi milik kita semua ahli UMNO.
--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment