AdSense

Wednesday, June 9, 2021

Warisan feri dipertahankan. Warisan alam Lim Guan Eng DAP tutup mata?


Feri Pulau Pinang yang sudah lama berkhidmat sejak 126 tahun lalu merupakan warisan negeri Pulau Pinang. Sudah tentu ramai warga negeri sedih apabila mendapat tahu pada tahun lepas bahawa perkhidmatan feri ikonik ini akan ditamatkan perkhidmatannya untuk digantikan dengan bot laju dan katamaran yang baru. 


Bayangkan perasaan mereka apabila melihat keadaan Feri Pulau Pinang yang separuh tenggelam di Limbungan Bagan Dalam pada Ahad lepas. Sudah tentu mereka marah, sedih dan kecewa. Dan seperti biasa, Lim Guan Eng dari DAP bangkit mengecam kerajaan PN kerana gagal menjaga warisan negeri seperti ini. Bijak DAP, gunakan sentimen ini untuk meraih sokongan.

Berita sensasi lebih menarik perhatian berbanding fakta yang banyak angka dan sejarah.

Sedia maklum, Feri Pulau Pinang ini sudah berada di Limbungan Bagan Dalam sejak 27 November 2019, iaitu semasa pentadbiran kerajaan PH. Guan Eng Menteri Kewangan dan Anthony Loke juga dari DAP adalah Menteri Pengangkutan ketika itu.

Menteri Pengangkutan sekarang Datuk Seri Wee Ka Siong juga menjelaskan bahawa feri tersebut tidap dapat beroperasi kerana kerajaan PH gagal mendapatkan alat-alat ganti dari negara Belanda. 

Lim Guan Eng pula beri alasan bahawa feri tersebut tidak tenggelam semasa zaman PH walaupun ia sudah dimasuki limbungan, dan menggesa Wee Ka Siong menjelaskan apa yang dibuat beliau dalam masa setahun sejak beliau menjadi Menteri Pengangkutan?

Adakah Lim Guan Eng sudah lupa akan pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia pada awal tahun 2020, iaitu lebih kurang pada masa sama kerajaan PN mengambil allih daripada kerajaan PH?

Wajarkah kita menyalahkan sebuah kerajaan yang sibuk menangani pandemik kerana gagal menjaga sebuah feri yang uzur? Adakah sebuah feri, walaupun merupakan warisan negara, harus diutamakan berbanding nyawa rakyat?

Hakikatnya, feri tersebut sudah uzur dan tidak selamat digunakan. Lim Guan Eng sendiri mengakui perkara ini apabila mengumumkan peruntukan RM30 juta pada akhir tahun 2019 untuk membeli katamaran baharu untuk menggantikan feri ini. (Tetapi peliknya, peruntukan ini tidak disenaraikan di dalam Belanjawan 2020).

Main cakap mulut je. Sama macam DAP janji manifesto sampai ada pengundi di PRK Cameron Highland minta 'surat lawyer' dari calon DAP, untuk mendapatkan hitam putih bahawa apa yang dijanjikan DAP benar-benar ditunaikan.

Oleh itu, jika Lim Guan Eng mahu menuding jari menyalahkan kerajaan PN mengabaikan warisan negeri Pulau Pinang, beliau juga harus berkongsi tanggungjawab kerana kesilapan ini bermula daripada pentadbiran kerajaan PH yang gagal mendapatkan alat-alat ganti untuk feri tersebut, dan gagal memberi peruntukan yang secukupnya untuk menambah baik perkhidmatan feri ini. 

Lim Guan Eng boleh berhenti main politik dan putar belit isu kerana rakyat sudah muak dengan ahli-ahli politik yang hanya tahu menyalahkan lawan mereka tetapi sendiri enggan mengakui kesilapan sendiri. Usahlah tunggang perasaan dan emosi rakyat demi meraih manfaat politik untuk diri sendiri. Sebaliknya, lebih baik Lim Guan Eng beri kritikan konstruktif dan membantu usaha untuk menjadikan feri ikonik ini sebagai muzium dan restoran sepertimana yang diumumkan kerajaan PN. Inilah yang boleh dilakukan Lim Guan Eng dalam kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih.

Kesimpulannya :

1. Feri tersadai sejak zaman PHDAP

2. Ketika ini due of docking, alat ganti dari Belanda tidak diperolehi.

3. Negara sibuk melawan COVID-19 demi keselamatan dan nyawa rakyat.

4. Feri uzur dan tidak boleh beroperasi memang akan dijadikan muzium / restoran terapung dan tempat pelancongan.

5. Guan Eng konon-konon 'pejuang' warisan tapi di Pulau Pinang sekarang sibuk dengan projek tambak laut, malah kejadian tanah runtuh juga ada berlaku akibat projek-projek mega. Bukankah laut dan tanah juga warisan yang lebih utama untuk dipelihara?

#SuaraOrangRamai 
#TolakDAP

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment