Saturday, June 12, 2021

LAPORAN PERLANGGARAN LRT : Anthony Loke DAP JANGAN MALAS MEMBACA!


Saya melihat apa yang diperkatakan oleh pemimpin DAP, Anthony Loke ini lebih kepada agenda politik yang hentam orang membuta tuli serta bertujuan menghasut orang ramai bersandarkan persepsi tidak tepat.



1. Dalam sidang media dan siaran media DS Wee Ka Siong telah diperincikan dengan jelas mengenai perkara yang berlaku. Boleh rujuk FAKTOR-FAKTOR YANG MENJURUS BERLAKU INSIDEN dan 23 PENAMBAHBAIKAN SISTEMIK - JANGKA PENDEK, JANGKA SEDERHANA DAN JANGKA PANJANG.


2. Hostler dan controller di OCC abai SOP kritikal - dan ia juga melibatkan pelbagai faktor antaranya kedua-dua alat komunikasi VOBC gagal berfungsi dengan baik.

3. Menyalahkan mana-mana pihak semata-mata tidak dapat mengubah apa yang sudah terjadi. Namun sudah tentulah MOT dan juga Kerajaan akan melakukan tindakan susulan secara tegas, menyeluruh dan berperingkat.

4. Jika Anthony Loke baca siaran media atau sidang media atau hantaran di FB Menteri, Anthony Loke pasti tahu bagaimana DS Wee Ka Siong menjalin hubungan akrab dengan mangsa-mangsa insiden tersebut. Mangsa atau keluarga mangsa boleh berhubung terus dengan Menteri tanpa sebarang sekatan.

5. Dalam sidang media semalam, antara yang ada adalah Ketua Setiausaha MOT dan beliau juga mengetuai Jawatankuasa Siasatan. Sebelum ini sudah dinyatakan bahawa sebarang sidang media atau siaran media hanya dikeluarkan oleh Menteri bagi mengelakkan percanggahan informasi kepada orang ramai. Bukan seperti zaman PH, semua nak bercakap sehingga mengelirukan orang ramai. Sebab itu saya kata Anthony Loke hanya mengkritik orang tanpa membuat 'homework'. Anthony Loke boleh kritik lawan politiknya tapi belum tentu dapat menguruskan sesuatu krisis dengan baik.

Dari FB IR Lawrence Low

--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment