AdSense

Monday, June 7, 2021

Ikut cara fikir / tindak pemimpin BN, ketepikan perbezaan politik

 

Cara fikir dan bertindak pemimpin Barisan Nasional (BN) dan proBN lebih matang, profesional, bijak, pragmatik dan relevan. Dari dulu sampailah ke hari ini. Ini buktinya :

Pada 27 Mei 2021, proBN yang juga anak muda, Nur Zaini telah mencadangkan kepada MOSTI supaya mewujudkan unit pemberian vaksin bergerak. Tujuannya, mempercepatkan pemberian vaksin dan memudahkan orang ramai.


https://www.facebook.com/1269447671/posts/10225748503880545/?d=n


Syukur, kini MOSTI dan Kerajaan PN bakal melaksanakan cadangan bernas berkenaan di seluruh negara.


Baru-baru ini juga, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telahpun mewujudkan unit vaksin bergerak khusus buat golongan rentan, mereka yang kurang berkemampuan dan khusus di kawasan-kawasan perumahan rakyat kos rendah. Lori yang lengkap dengan fasiliti akan datang kepada rakyat.


Mulai 15 Jun, Annuar Musa menyasarkan 30ribu - 40ribu dos suntikan vaksin sehari dapat diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan.


https://www.facebook.com/133347436726997/posts/4171018392959861/?d=n


Bayangkan kalau negeri-negeri lain ikut langkah Annuar Musa, khusus kepada golongan rentan yang memerlukan, sukar bergerak dan seumpamanya. 


Begitu juga Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam.


Baru-baru ini beliau perkenalkan Bas Percuma Ke PPV. Khusus buat warga dalam Parlimennya.


Usaha ini adalah kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ayer Hitam, Pusat Khidmat ADUN Semarang dan NGO tempatan.


Ini bukan bas biasa. Tapi bas yang lengkap dengan kemudahan mesra penumpang warga emas. Lebih rendah dan memudahkan warga emas.


https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1916589088508586/?d=n


Bayangkan kalau inisiatif ini turut dilakukan di seluruh Parlimen / DUN dalam Malaysia, ikut kesesuaian. Boleh guna bas ke, van ke, kereta ke dan sebagainya. Asalkan objektif dia untuk membantu rakyat bergerak.


Iyalah, ramai warga emas yang tidak boleh bergerak tanpa anak-anak. Anak-anak pula duduk jauh, nak bergerak waktu PKP kan susah. Jadi dengan cara ini ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat.


Kesimpulannya, kesemua cara fikir dan bertindak ini datangnya dari pemimpin Barisan Nasional seperti Annuar Musa (UMNO) dan Wee Ka Siong (MCA). Nur Zaini pula anak muda yang menyokong BN.


Buang ego, angkuh dan sebagainya, tirulah cara BN kerana ia terbukti memberi manfaat kepada rakyat. Sejak dulu sampai sekarang, BN adalah yang terbaik dalam membantu rakyat dan mentadbir negara.


SUARA LENSA

7 JUN 2021

--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment