Dari dahulu penulis pernah kata bahawa Malaysia ini perlu dikelilingi orang yang pro-aktif disamping ketuanya. Kalau semua benda hendak ditindih atas kepala Perdana Menteri, payahlah. Bengkok dibuatnya...
Apa status dalam Facebook PM pagi tadi?
"Saya terima banyak komen dan maklum balas ketidakpuasan hati pengguna dengan perkhidmatan KTM Berhad, salah satunya mengenai ETS dan sistem pembelian tiket online yang seringkali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang-kadang tidak boleh diakses.
"Ini bukan perkara sukar untuk diatasi, tidak patut berlaku di zaman teknologi hari ini.
"KTM, cari jalan penyelesaian segera. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - SPAD sila pantau dengan teliti dan laporkan kepada saya secepat boleh."
Oleh yang demikian, penulis percaya pihak KTM sedang bertungkus-lumus memastikan apa yang diharapkan Najib menjadi realisasi.
Sedarlah bahawa PM hari ini bukan sekadar mendengar laporan agensi tetapi beliau juga mengambil maklum laporan orang ramai.
Bila ramai sangat yang mengadu, maka sudah tentu ada yang tidak kena... Tambahan pula beliau cukup prihatan terhadap isu-isu berkaitan pengangkutan awam (khususnya) dan rakyat (amnya).
Inilah Perdana Menteri Malaysia hari ini - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
No comments:
Post a Comment