AdSense

Thursday, March 2, 2017

Amphicoach -Fakta Sebenar Dan Rasmi


Amphicoach atau bas 2 alam dijangka tiba pertengahan tahun ini.

Kerajaan Negeri Terengganu menafikan dakwaan tidak berasas kononnya 2 buah Amphicoach atau bas 2 alam 'hilang' seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Adalah dimaklumkan, kelewatan menerima bas itu disebabkan keputusan kerajaan negeri yang mahu Amphicoach itu diterima dengan mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan.

Tuduhan konon dua buah bas berkenaan hilang juga tidak benar memandangkan kerajaan negeri hanya membeli sebuah sahaja bas berkenaan.

Hasil daripada siri ujian tersebut, pasukan jurutera yang terlibat telah berjaya mengesan kegagalan sistem hidraulik bagi penghantaran kuasa kepada ‘Wheel & Water Jets’ yang berpunca dari peningkatan kuasa enjin MAN. 

Ekoran itu, kerajaan negeri telah meminta penghantaran kenderaan tersebut ditangguhkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan supaya kerajaaan dapat menerima sesuai dengan terma-terma perjanjian yang telah ditetapkan.

Selain itu, kelewatan yang berlaku juga adalah disebabkan masalah transit dan juga masalah persijilan yang turut memakan masa kerana bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca di Malta.

Malah, pengujian dan persijilan oleh pihak ketiga di Malta juga sukar dijadualkan dan boleh ditunda pada saat akhir mengikut perubahan cuaca ketika pengujian dalam air dijalankan. 

Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang bas itu kerana kenderaan tersebut dijangka tiba ke Terengganu pada pertengahan tahun ini jika memenuhi segala spesifikasi yang telah ditetapkan.


YB DATO' WAN NAWAWI BIN HAJI WAN ISMAIL
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

No comments:

Post a Comment